zina? konsep zina? definisi zina? pengertian zina?

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk 
bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian 
daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka 
kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak 
wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang 
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri 
seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri 
ini.
 
Jangan berbohong pada diri sendiri. 
Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu 
adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah 
Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana 
Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar 
tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara 
Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, 
cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. 
Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah 
sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia 
menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa 
perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : “Tidak ada 
yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” 
(Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
 
Kalau begitu, cinta** remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. 
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur 
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi 
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, 
dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, 
sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir 
dengan penzinaan?
Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan 
dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita 
dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Allah yang  
menciptakan manusia, dan Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. 
Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
 
Jadi manusia itu tidak tahan diuji? 
…Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan 
manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah 
tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah 
yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak 
tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan 
menghampiri pokok khuldi itu.Firman Allah: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan 
isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya 
apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu 
menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim” (al-Araf:19) 
 
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri 
perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan 
zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut 
apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan 
kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. 
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan 
kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan 
sebelum buat keputusan berkahwin.
 
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. 
Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, 
pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. 
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang 
yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. 
Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, 
dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan 
terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena 
tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. 
Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
Ada yang berkata, bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti..
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? 
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. 
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia……Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah 
yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, 
jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan 
hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu 
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta 
yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk 
mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana 
kesudahannya?
 
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta 
manusia.
Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta 
tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, 
tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang 
yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada 
orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran 
bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
 
Adakah orang yang bercinta** hilang maruah? 
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta** 
seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri 
perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin 
kecuali dengan orang yang pernah berzina.Allah berfirman: “Lelaki yang 
berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan 
yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula 
tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau 
lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada 
orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta 
juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah 
bercinta. 
 
Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. Jadi orang yang bercinta** 
hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta** juga? 
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik 
adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami 
telah berjanji sehidup semati .Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak 
sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji 
lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah 
dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi 
pepatah. 
 
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil 
seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk 
anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan 
berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia 
suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki. 
 
Jadi, perempuan yang bercinta**, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? 
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second 
hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka 
menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran 
sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar 
sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. 
Sedihkan. Itulah hakikatnya. 
 
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada 
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka 
ada pasangannya. Firman Allah: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara 
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya 
(yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah 
menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab:35)
 
** cinta yg tidak mengikut syariat
About these ads

One thought on “zina? konsep zina? definisi zina? pengertian zina?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s