otak cemerlang..^^

Bagaimana cara untuk
mendapatkan otak yang cemerlang?  Para pengkaji dan
ahli psikologi menekankan beberapa cara untuk
mencemerlangkan otak. Antara yang perlu kamu lakukan:

1. Mempunyai daya kekuatan mental dan fizikal yang
bertindak aktif dan positif. Sikap dan tahap pemikiran
kamu mestilah seimbang.

2. Mempunyai pemikiran yang sentiasa bersih. Jangan
sesekali memikirkan perkara yang tidak baik atau
bercadang untuk bermalas-malas.

3. Sentiasa berdaya saing dan kekuatan mental terhadap
cabaran. Kamu juga perlu bersikap ingin mendahului
rakan di dalam pelajaran.

4. Mengambil makanan yang sihat untuk kecerdasan otak.
Jangan amalkan makanan ringan kerana ia boleh
merosakkan minda.

5. Sentiasa melakukan senaman atau gerakan yang boleh
merangsang otak. Malas dan kurang aktif akan
membuatkan kamu seorang yang berat tubuh dan kurang
daya fikir.

6. Sentiasa mengatur waktu tidur yang mencukupi untuk
merehatkan otak. Jangan berjaga hanya kerana ingin
menonton siri kesukaan tetapi menjaga disiplin tidur
untuk kesegaran esok hari.

7. Bertafakur, berdoa dan membersihkan pemikiran.
Setelah berusaha, jangan lupa untuk mendoakan kejayaan
dan sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan
tinggi.

Kecemerlangan dalam pelajaran juga akan berlaku dengan
bantuan lima perkara asas berikut:

1. Amalan meningkatkan daya ingatan dan kefahaman
terhadap mata pelajaran.
2. Jarakkan dan bahagikan pecahan masa belajar dengan
menggunakan jadual.
3. Lafazkan isi-isi penting dan data daripada nota
ringkas dengan cara yang kuat.
4. Apapun teknik dan sistem yang dilakukan, lakukan
secara berulang-ulang.
5. Akhirnya, percayalah kepada diri sendiri, tanamkan
keyakinan dan berserah kepada takdir yang menentukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s