kalimah yg baik

Di antara arahan-arahan Rasulullah s.a.w. ialah
sabda-sabda Rasulullah
s.a.w. berikut:

"Dan kalimah yang baik itu sedekah." [Riwayat Bukhari]

"Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat
hendaklah beliau
mengatakan yang baik atau dia diam (sahaja)." [Hadis
Muttafaq]

"Sesungguhnya hamba itu akan berkata-kata dengan
perkataan yang beliau
(sendiri) tidak jelas. Kerana perkataan itu beliau
tergelincir ke dalam
neraka yang lebih jauh (jaraknya dari jarak) antara
timur dengan barat."
[Hadis Muttafaq]

"Seorang itu akan berkata dengan perkataan yang
diredhai Allah, beliau
tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai
kepada apa yang
telah dicapainya. Allah menulis keredhaan baginya
kerana kalimah-kalimah
itu hinggalah pada hari beliau menemui Allah. Dan
seorang itu akan
berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah. Beliau
tidak menyangka
bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang
telah dicapainya.
Allah menuliskan kemurkaan baginya kerana
kalimah-kalimah itu hingga
pada hari beliau menemui Allah." [Riwayat Malik dan
Tarmizi]

Kiranya Rasulullah s.a.w. itu dianggap sebagai qudwah
hasanah kepada
semua manusia, maka para duatlah orang yang paling
utama mengikut
Rasulullah s.a.w. dari orang lain. Oleh itu para duat
Islam hendaklah
melihat bagaimanakah keadaan Baginda Rasulullah s.a.w.

Al-Kharaithi dan al-Hakim telah meriwayatkan dari
‘Amurah, bahawa
‘Amurah berkata: Aku bertanya kepada Aisyah
radiallahu-anha bagaimanakah
keadaan Rasulullah s.a.w. apabila beliau bersendirian
dengan para
isterinya? Aisyah berkata: "Dia seperti lelaki lain
(juga) cuma dia
adalah seorang yang paling pemurah dan paling lembut
bila senyum dan
ketawa." Begitu disebutkan dalam al-Kanz, juzuk 4
halaman 47.

Al-Bazzar meriwayatkan dari Jabir radiallahu-anhu,
Jabir berkata:
"Apabila Rasulullah s.a.w didatangi wahyu atau
peringatan, saya pun
berkata: "Pemberi amaran kepada kaum, mereka didatangi
oleh azab."
Apabila keadaan itu hilang, saya lihat (Rasulullah
s.a.w.) adalah orang
yang paling manis mukanya, paling banyak tertawa dan
paling baik
manusia."

At-Tabarani pula berkata: "Rasulullah s.a.w. adalah
orang yang paling
banyak tertawa dan paling baik hati."

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s