hadith persahabatan

HADIS 2
Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan
dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu
dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam
sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang
paling disenanginya.

Huraian
i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian
seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia
merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta
organisasi yang dipimpin.
Ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi
unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang
paling berkesan kepada setiap individu dalam
masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah
yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah
terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan
mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan
keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan
perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya
menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama
lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s