seikhlas kasih sayang yang abadi

uish..mengharukan sungguh…kalau ade adik2 camni..bagus btol..😛

Aku cuma ada seorang adik. Usianya 3 tahun lebih muda
daripada aku.

Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang
menjadi
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari
poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil
kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi
dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa
di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam
mata ayah.

Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung
ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan
sulungnya
ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua
belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan
kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti
menghentam
tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara.
Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik
tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah
merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah
sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan
memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.
Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba
kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air
matanya tidak mengiringi
kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal
dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah
tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya
dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela
adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana
mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik

mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh
dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke
peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak
tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah
berkata, "Zah,
kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang
bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang… !" aku terdengar ibu
teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit membiayai
mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri
di depan ayah dan
ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain
pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah
adik dalam-dalam.

Panggggg… .sebuah penampar singgah di pipi adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup
muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa
mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan
dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,"
aku memujuk
adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada
dibiliknya. Dia
membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia
ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,
terdapat sehelai kertas yang tercatat… ..

"Kak… untuk dapat peluang ke universiti bukannya
mudah. Saya cari
kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah
termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak
yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik
menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak
adik berdiri
dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan
simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang
datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian
adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau
mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan
jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air
jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir
dan tompokan simen pada pakaian
adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut
berbentuk kupu-kupu.

Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak,
saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya
beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul
adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat
ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara
menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding
rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah
sambut
saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis
tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami
berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa
luka pada tangannya.

"Tak… .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh
kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti
hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan
yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
bekerja keras."

Apalagi… aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku
seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada
adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?"
kata adik. "Adik
takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan
yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku
memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba
menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai
petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya
dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis
bertanya, "Siapakah orang yang
paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…
."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang
langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami
berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya
tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah,
kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah
kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah
sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya
akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu.
Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin,
mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan
diserang histeria.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s