peringkat solat

7 peringkat solat…

1. Sembahyang orang jahil :
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat,
rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha
pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa
ilmu.

Hakikatnya :
Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak
walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun
baca surah yang panjang-panjang.

2. Sembahyang orang lalai :
Fardhu ain dah clear, tapi bila start saja angkat
takbir, ‘xpdc’ otak pun bermula. Sekejap teringat,
sekejap melayang-layang,sampaikan barang yang hilang
pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang. Punyalah
banyak yang difikirkan dalam kepala, tiba-tiba saja
dah toleh kanan, toleh kiri … selesai.

Hakikatnya :
Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak.
Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai
dalam sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah :
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang,
tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain
contohnya nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau
segan dengan member-member dan sebab-sebab lain.

Hakikatnya :
Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya,
kecuali bila dah bertaubat dan menyesal
sungguh-sungguh.

4. Sembahyang orang mujahadah :
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa
ingatAllah. Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir
dalam sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain,
cepat-cepat disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk
sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi
batinnya jenuh berperang dengan syaitan dannafsu.

Hakikatnya :
Terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang
kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi
ibadahnya.

5. Sembahyang orang soleh :
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya,
fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut
oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat
sembahyang tidak terasa olehnya.

Hakikatnya :
Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya
selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri
daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali :
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan.
Waktu ruku’ dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah
diri dihadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri
benar-benar lemah dan mengharap. Sembahyang dapat
dihayati dan dinikmati rasanya.

Hakikatnya :
Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang
tidak terucap juga dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul :
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam
keagungan Allah… … tak dapat digambarkan indah dan
nikmatnya… … .

Jadi, tingkat mana solat kita?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s