epi 2nd anniversary kengkawan 3

Kawan Sejati

Masih mengenai kawan.

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan.
Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah
naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling
bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba
bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap
dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan
dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita
berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung
diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari
belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan
jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi
kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang
baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain
tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di
saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah
kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang
boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman
tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang
terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan
kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti.
Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih
perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan,
masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak
sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas
hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan
yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan
tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati??

One thought on “epi 2nd anniversary kengkawan 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s