bahagia ??

10 PEKARA UNTUK MERAIH KEBAHAGIAAN
1)Bangun menjelang fajar menyingsing untuk
beristighfar.

Firman Allah S.W.T "…Dan Orang-orang yang
beristighfar(memohon ampun)di waktu sahur."…surah
Ali-Imran :17)

2)Menyendiri untuk bertafakur,Berfikir dan sekaligus
menghayati ciptaan Allah yang luas ini.

Firman Allah S.W.T "..Dan mereka memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi…"surah Ali-Imran :191)

3)Menjalin hubungan dengan orang yang soleh.

Firman allah S.W.T "..Dan jadikanlah dirimu sentiasa
berdamping rapat dengan Orang-orang yang beribadat
kepada tuhan mereka…"surah al-Khafi :28)

4)Berzikir.

Firman Allah S.W.t "Wahai Orang-orang yang
beriman!ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan
ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.."surah
Al-Ahzab :41)

5)Bersembahyang dua rakaat dengan khusyuk.

Firman allah S.W.T "…iaitu mereka yang khusyuk da;am
sholatnya.."surah Al-mukminun)

Firman Allah S.W.T "Hai Orang-orang yang
beriman!mintalah pertolongan kepada Allah untuk
menghadapi kesusahaan dan kepayahaan dalam
menyempurnakan sesuatu perintah tuhan dengan bersabar
dan dengan mengerjakan sholat.."surah Al-Baqarah :153)

6)Membaca Al-Quran dengan penuh penghayatan.

Firman Allah S.W.T "…Patutkah mereka bersikap
demikian tidak mahu memikirkan isi Al-Quran.."surah
An-Nissa :82)

7)Bersedekah secara Sembunyi-sembunyi.

Sabda Nabi S.A.W …."Hingga tangan kirinya tidak tahu
apa yang di infaqkan oleh tangan kanannya.."

Firman Allah S.W.T "..Dan ingatlah sesiapa yang
menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi
oleh tabiat bakhilnya maka merekalah Orang-orang yang
berjaya.."surah al-Hasyr :9)

Firman Allah S.W.T. "..Dan mereka menafkahkan
sebahagian rezeki yang kami anugerahkan.."surah
Al-Baqarah :3)

8)Berpuasa pada hari yang sangat panas.

Sabda Nabi S.A.W "..Meninggalkan makanan,minuman dan
syawatnya kerana Aku…"

9)Meringankan beban seseorang islam.

Sabda Nabi S.A.W "..Sesiapa meringankan kesusahaan
yang dialami seorang islam di dunia maka Allah akan
melepaskannya dari kesusahaan pada hari kiamat…"

10)Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana.

Firman Allah S.W.T "…Padahal kehidupan Akhirat lebih
baik dan lebih kekal….("surah A’la ;17)

2 thoughts on “bahagia ??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s