seindah mawar berduri

"Bingkisan tinta ini penulis tujukan istimewa buat mereka
yang mencari kejernihan redha Ilahi dalam percintaan
Buatmu ~
pencari cinta sejati, cinta yang abadi ~ "

Seindah Mawar Berduri

SINOPSIS

Khazinatul Asrar ~ khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang
takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang
menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun
falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya
tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan
falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih
berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana
rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus
dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan
banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya
menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk
menyunting mawar idaman.
Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu
meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki
si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?
dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat
si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia
kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul
Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?
Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar
bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji
Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
" Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang
toyyibuun¡ "
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar
berduri ~

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

++ sape nak baca..cari la kat net..download sdri ek..panjang sgt..x muat nak boh dlm ni.. ^^ n  thanx to tasnim n nadia ..for introducing diz story to me..

2 thoughts on “seindah mawar berduri

  1. ..;]..bestkan syifa’?..bler bace teringat awak tau…hehe..misteri2..sape2 yg lum bace,bace ar..best~yang baik tu leyh jdkan contoh,i.Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s