kisah nabi idris

DIKATAKAN punca Nabi Idris diangkat ke syurga kerana
baginda melakukan amal yang banyak, jika dihitung sama
dengan penduduk bumi pada waktu itu.

Maka, Malaikat Izrail (malaikat pencabut roh), menjadi
cinta dan rindu sekali kepadanya.

Izrail meminta izin kepada Allah supaya dibolehkan
mengunjungi Nabi Idris. Allah mengizinkannya lalu
Izrail menjelma dalam bentuk manusia dan memberi salam
kepada Nabi Idris, sebelum duduk di sampingnya.

Seperti biasa, Nabi Idris sedang berpuasa. Setiap kali
berbuka, ada malaikat datang membawa makanan dari
syurga.

Nabi Idris makan makanan itu sambil mempersilakan
Izrail supaya bersamanya, namun malaikat itu tidak
mahu.

Beliau terus tekun mengerjakan ibadatnya hingga terbit
fajar dan matahari. Izrail setia duduk di sampingnya.

Melihat hal itu, Nabi Idris menjadi kagum dan berkata:
“Hai orang lelaki, apakah engkau mahu berjalan-jalan
bersama aku supaya kita boleh senang??

Kedua-duanya lalu berjalan bersama-sama hingga tiba di
sebuah ladang. Izrail bertanya: “Apakah engkau
mengizinkan aku mengambil buah-buahan ini untuk kita
makan bersama??

Jawab Nabi Idris: “Maha Suci Allah, kelmarin engkau
tidak mahu makan sesuatu yang halal, tetapi hari ini
engkau menghendaki makan yang haram.?

Mendengar jawapan itu, Izrail diam tidak berkata.
Mereka meneruskan perjalanan selama empat hari. Nabi
Idris melihat keanehan orang itu yang berbeza dengan
orang lain.

Maka Nabi Idris bertanya kepadanya: “Siapakah
sebenarnya engkau ini??

Jawabnya: “Aku adalah Izrail.?Nabi Idris bertanya:
“Apakah engkau yang ditugaskan mencabut roh??Balasnya:
“Ya, memang tugas aku mencabut roh daripada semua
makhluk Allah yang bernyawa.?

Nabi Idris berkata: “Selama empat hari bersama aku,
apakah engkau akan mencabut roh manusia??

Jawabnya: “Ya, akulah yang mencabut semua roh. Dan
sesungguhnya bagi aku mencabut roh itu hanyalah
seperti hidangan makanan yang aku hadapi, sama dengan
halnya engkau menghadapi makanan lalu menyuapkan
makanan itu layaknya.?

Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa,
apakah engkau datang ini untuk sekadar berkunjung atau
untuk mencabut nyawa aku??Izrail memberitahu hanya
untuk berkunjung selepas diizinkan Allah.

Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, aku
mempunyai hajat kepadamu.?Tanya Izrail: “Apakah
hajatmu??

Nabi Idris berkata: “Hajat aku supaya engkau mencabut
nyawa aku dan kemudian Allah menghidupkan aku kembali,
sehingga aku boleh beribadat kepada Allah sesudah aku
merasakan sakitnya mati itu.?

Jawap Malaikat Izrail: “Sesungguhnya aku tidak
mencabut nyawa seseorang kecuali Allah mengizinkan
kepadaku.?

Maka Allah memberi wahyu: “Hai Izrail, cabutlah nyawa
Idris tu!?Izrail terus mencabut nyawa Idris dan Nabi
Idris pun mati seketika itu juga.

Izrail menangis seraya merendahkan diri memohon kepada
Allah supaya Dia menghidupkan kembali Nabi Idris
sebagai temannya yang akrab itu. Allah mengkabulkan
permintaannya dan menghidupkan Nabi Idris.

Izrail bertanya: “Hai Idris, bagaimana rasanya mati
itu??

Idris menjawab: “Rasanya seperti binatang terkupas
kulitnya dalam keadaan hidup, maka sakit mati itupun
melebihi daripadanya seribu kali lipat.?

Izrail berkata: “Cara hati-hati dan halus yang aku
lakukan pada waktu mencabut nyawa engkau itu dan belum
pernah aku lakukan terhadap seorang pun sama sekali.?

Kemudian Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut
nyawa, aku mempunyai hajat lagi iaitu ingin melihat
neraka jahanam hingga aku menyembah Allah lebih giat
lagi, selepas aku melihat belenggu dan bentuk seksaan
yang ada dalam neraka.?

Allah memberi wahyu kepada Izrail membawa Nabi Idris
ke neraka. Lalu mereka pergi dan baginda melihat
penyeksaan Allah yang mengerikan. Kemudian
kedua-duanya kembali.

Nabi Idris berkata: “Hai Izrail, aku punya hajat lain
iaitu engkau mengajakku ke syurga hingga aku boleh
melihat sesuatu yang diciptakan Allah untuk hamba-Nya
dan aku akan boleh bertambah taat.?

Allah memberi wahyu kepada Izrail supaya membawa Idris
ke syurga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s