shud be grateful .. mesin SFTIR

Mesin SFTIR kesan bahan tidak halal dalam makanan

GOMBAK 25 April – Seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya mencipta sejenis mesin canggih yang mampu mengesan kandungan produk makanan yang bercampur bahan tidak halal dengan segera.

Mesin yang dinamakan Spektroskop Inframerah Pengubah Fourier (SFTIR) itu mampu mengesan kandungan lemak babi, gelatin dan alkohol dalam tempoh kurang seminit.

Dr. Irwandi Jaswir dari Bahagian Program Bioteknologi Kuliah Sains UIAM berkata, mesin itu juga mampu mengesan kosmetik yang diperbuat daripada bahan tidak halal.

Mesin tersebut berjaya memenangi pingat emas pada Pameran Antarabangsa Reka Cipta Teknik Baru dan Produk Ke-34 di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

“Mesin ini mampu menjimatkan masa dan menawarkan perkhidmatan yang cepat dan konsisten,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan empat orang penyelidik universiti itu yang memenangi pingat pada pameran berkenaan, di sini semalam.

Mereka ialah Profesor Dr. Abdul El-Aziem Farouk Gad, Profesor Dr. Mohamed Ismail Abdul Karim, Dr. Irwandi Jaswir dan Profesor Dr. Mohd. Zahangir Alam.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, mesin itu boleh digunakan terhadap sampel sama ada berbentuk cecair dan pepejal.

Untuk menggunakannya, beliau berkata, sampel ujian perlu dimasukkan ke dalam mesin itu dan cahaya infra merah akan mengesan mana-mana sampel yang mengandungi bahan tidak halal.

One thought on “shud be grateful .. mesin SFTIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s