budak 6 thn jadi pensyarah univ..

TOLUCA, Mexico 29 April – Kecil-kecil cili padi. Ungkapan ini sesuai digunakan untuk menggambarkan kebolehan seorang kanak-kanak di Mexico yang menjadi pensyarah jemputan di universiti.

Maximiliano Arellano del la Noe cuma baru berusia enam tahun, tetapi kanak-kanak ini dianugerahkan daya ingatan yang tinggi dan mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan.

Kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh de la Noe telah mendorong pusat-pusat pengajian tinggi di Mexico mengundangnya menyampaikan ceramah dalam beberapa persidangan dan juga forum perubatan.

Malah sejak berusia dua tahun lagi, kanak-kanak pintar ini telah menyampaikan ceramah mengenai topik perubatan.

Kelmarin, de la Noe telah diundang oleh Universiti Autonomi Mexico di sini untuk menyampaikan ceramah pada satu persidangan bertajuk “Punca dan Kesan-Kesan Pereputan Tulang” (osteoporosis) yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar perubatannya yang tiga atau empat kali lebih tua daripadanya.

Selepas menyampaikan ceramah, universiti itu menghadiahkan sijil penghargaan kepada Maximiliano sebagai mengiktiraf kebolehannya yang luar biasa itu.

– Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s