ABIM sedia bantu..

ABIM sedia bantu urus derma Palestin

KUALA LUMPUR 19 Mei – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sedia membantu mana-mana pihak menguruskan kutipan derma bagi membantu kerajaan dan rakyat Palestin.

Presidennya, Yusri Mohamad berkata, pihaknya telah mengambil langkah menubuhkan Tabung Kemanusiaan Palestin-ABIM dan berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain turut membantu.

Jelasnya, ABIM juga menyeru institusi agama, sekolah serta pihak swasta untuk memulakan usaha mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

“Rakyat negara ini perlu tampil membantu dengan menghulurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang kini semakin terhimpit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan Malaysia akan mengambil langkah memulakan bantuan kepada Palestin selepas Amerika Syarikat, Israel dan Kesatuan Eropah menghentikan dana kepada negara berkenaan.

Yusri berkata, sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Palestin-ABIM boleh dilakukan melalui akaun Bank Islam Malaysia bernombor 14-023-01-0011219 atau akaun Maybank bernombor 54221610116.

Sementara itu, beliau menggesa Malaysia selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) memulakan dengan segera gerakan membantu rakyat Palestin.

Katanya, bantuan itu wajar diberikan kerana tindakan pembekuan dana oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah itu seolah-olah satu hukuman ke atas rakyat Palestin yang memilih Hamas untuk membentuk kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s