bangga menjadi umat nabi muhammad s.a.w.


Michael H.Hart

Micheal H.Hart merupakan seorang ahli sejarah, pakar metematik dan pakar astronami. Beliau menulis sebuah buku yang bertajuk The 100 yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini kemudian diterbitkan semula dengan tajuk The 100: A Rangking of The Most Influential Persons in History terbitan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya dimuatkan kajian beliau berhubung 100 orang tokoh-tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan paling banyak mempengaruhi jalan hidup manusia. Akhirnya beliau merumuskan bahawa tokoh sejarah yang paling berpengaruh ialah Nabi Muhammad s.a.w.
Daripada 100 tokoh yang dikajinya, 20 yang teratas ialah,
 
Prophet Muhammad
Isaac Newton
Jesus Christ (Nabi Isa a.s)
Buddha
Confucius
St. Paul
Tsai Lun
Johann Gutenberg
Christopher Columbus
Albert Einstein
Karl Marx
Louis Pasteur
Galileo Galilie
Aristotle
Lenin
Moses (Nabi Musa a.s)
Charles Darwin
Shih Huang Ti
Augustur Caesar
Mao Tse-tung

Apakah yang menyebabkan beliau memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dalam sejarah? Beliau menulis, Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoal oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya sebab hanya beliau seorang sahaja di dalam sejarah yang berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Daripada asal-usul yang agak luar biasa, beliau mengasasakan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang.
 
Profesor Jules Masserman

Majalah Time edisi 15 Julai 1974, meminta masyarakat memberikan pandangan-pandangan mereka berhubung dengan satu persoalan: Apa kriteria yang menjadikan seorang pemimpin itu agung, dan sepanjang sejarah, siapakah yang layak? dalam teks asalnya, What makes a great leader? Throughout histort, who qualifies?
Jules Masserman, seorang tokoh ilmu psikologi bidang psikoanalisis dari Amerika dan seorang Profesor di Universiti Chicago menulis, Seseorang pemimpin perlu melaksanakan 3 fungsi: memelihara kesejahteraan pengikut-pengikutnya, perlu mewujudkan suatu sistem sosial yang yang selamat dan terjamin dan perlu menyemaikan suatu nilai kepercayaan untuk diikuti oleh pengikutnya.
Selepas mengutarakan kriteria-kriteria ini, Profesor Jules Masserman akhirnya menulis, Tokoh-tokoh seperti Pasteur dan Salk dapat dikategorikan sebagai pemimpin yang memiliki kriteria pertama. Alexander, Caesar dan Hitler pula dapat dianggap sebagai pemimpin yang melaksanakan fungsi yang kedua dan mungkin juga yang ketiga.
Pemimpin yang paling unggul di dalam sejarah ialah Muhammad disebabkan beliau melaksanakan ketiga-ketiga fugsi, diikuti oleh Nabi Musa.


Stanley Lane Poole

Stanley Lane Poole dilahirkan pada 18 Disember 1854, di London. Beliau tokoh sejarah terkenal Barat terutamanya berhubung dengan sejarah masyarakat Timur. Beliau banyak menulis buku tentang sejarah dan agama, termasuklah yang berkaitan agama Islam.
Di dalam bukunya The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad, beliau menulis tentang Nabi Muhammad s.a.w, Terhimpun pada dirinya sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengkagumi dan mengasihinya. Beliau seorang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Beliau tidak mudah melepaskan tangannya ketika bersalaman. Beliau mengasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, sikap pemurah, keberanian dan kecekalan yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman.


George Bernard Shaw

George Bernard Shaw dilahirkan di Dublin pada tahun 1856. beliau seorang ahli falsafah, seniman, ahli kritik, tokoh intelek, pemikir, tokoh drama, penulis, tokoh sastera, dan aktivis masyarakat. Kemampuan dan ketokohannya di dalam pelbagai bidang menjadikannya seorang yang disanjunggi Barat sehingga ke hari ini. Justeru, tokoh-tokoh bahasa mewujudkan kata Shavian daripada namanya Shaw di dalam bahasa Inggeris, untuk menyifatkan seseorang yang mempunyai ketokohan di dalam pelbagai bidang, seperti George Bernard Shaw. Kebanyakan bahan penulisan dan drama yang diterbitkan beliau berbentuk kritikan ke atas sistem yang ada yang mendatangkan masalah kepada masyarakat. Di atas sumbangannya di dalam bidang sastera, beliau dikurniakan Hadiah Nobel Sastera pada tahun 1925.
Sebagai seorang pemikir dan pengkritik, beliau banyak mengkaji dan menulis tentang Nabi Muhammad s.a.w. Di antara komen-komennya ialah seperti yang terdapat dalam bukunya, Letter to Najmi Sahib of Cyprus, Orang-orang Kristian dan pendakwahnya, secara terancang, memberikan gambaran hodoh tentang Islam dan Rasulnya. Saya mengkaji bersungguh-sungguh tentang Islam dan Rasulnya dan saya mengkaji beliau sebagai seorang pengkaji sejarah dan pegkritik. Saya dapati baginda memang seorang yang agung dan penyelamat bagi manusia yang sedang menderita sakit tenat.
Di dalam bukunya, The Genuine Islam Bernard Shaw menulis, Saya sentiasa menyanjungi agama yang dibawa Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Ia merupakan satu-satunya agama yang pada pandangan saya, mempunyai kemampuan untuk disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku di dalam kehidupan, justeru menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya mengkaji manusia hebat itu, yakni Nabi Muhammad, pada pandangan saya beliau bukannya anti-Nabi Isa a.s, sebaliknya beliau layak digelar sebagai Penyelamat Umat Manusia.
Beliau juga menulis di dalam bukunya, The Genuine Islam, Saya yakin jikalau manusia sepertinya diberi peluang memerintah dunia moden ini, beliau pasti dapat menyelesaikan masalah-masalah yang ada sehingga mendatangkan kedamaian dan kebahagiaan kepada kehidupan. Saya pernah mengatakan bahawa agama ajaran Muhammad ini, suatu hari nanti, dapat diterima di Eropah.


Thomas Carlyle

Thomas Carlyle (1795-1881) merupakan seorang ahli falsafah, ahli sejarah, pemikir, penulis dan ktivis masyarakat yang terkenal pada zamannya. Beliau dilahirkan di Ecclefechen, Scotland, dan mendapat pelajarannya di Annan Academy dan Universiti Edinburgh. Kemudiannya beliau menjadi pensyarah di Annan Academy (1814-1816), Kircaldy Grammar School (1816-1818) dan secara persendirian di Edinburgh (1818-1822)
Thomas Carlyle lebih menonjol di dalam bidang penulisan dan banyak menulis buku dan artikel untuk majalah-majalah tempatan ketika itu. Artikel-artikel dan buku-bukunya banyak mempengaruhi penulis, pemikir dan aktivis masyarakat yang terkenal pada zamannya, di antaranya, John Ruskin, Charles Dickens, John Burns, Tom Mann dan William Morris.
Di antara bukunya yang terkenal ialah On Heroes, Hero-Worship, and The Heroic in History, terbitan 1841, yang menekankan bahawa sejarah dan tamadun dunia banyak diwarnai oleh wira-wira dan tokoh-tokoh unggul di dalam masyarakat. Di dalamnya beliau menyebut tentang keunggulan nabi Muhammad s.a.w. Beliau menulis, Muhammad bukanlah seorang yang mengikut nafsu…..Rumah tangganya hanya mempunyai perkara-perkara asas. Makanannya yang biasa ialah roti syair dan air, dan kadang kala sampai berbulan-bulan lamanya dapurnya tidak berasap. Umat Islam meriwayatkan dengan rasa bangga bahawa beliau menjahit kasut dan pakaiannya sendiri……..Beliau amat beradab, berbeza daripada lelaki lain ketika itu……Jika tidaklah kerana sifat-sifat ini tidak mungkin orang-orang Arab yang ganas itu, yang mengenalinya selama 23 tahun, menghormati dan menyanjunginya.

Orang-orang Arab itu sudah biasa dengan keganasan dan persengketaan, dan tidak mungkin ada individu yang dapat menguasai mereka, melainkan jika dia benar-benar mampu dan layak…Belum pernah ada seorang Maharaja yang ditaati sebagaimana Muhammad ditaati. Selepas 23 tahun beliau diuji dengan ujian yang hebat, saya mendapati beliau memang seorang wira yang unggul yang saya sendiri akan berikan ketaatan kepadanya.


Profesor K. S. Ramakrishna Rao

Profesor K.S. Ramakrishna Rao ialah dekan di Pusat Pengajian Ilmu Filosofi di Universiti Mysore, India. Beliau menulis, Personaliti Muhammad memang susah dilihat secara kesuluruhannya. Saya Cuma mampu melihat sebahagian daripadanya. Dia adalah Muhammad sebagai Rasul, dia juga adalah Muhammad sebagai Panglima Perang, Muhammad sebagai pendakwah, Muhammad sebagai ahli falsafah, Muhammad sebagai Ketua Negara, Muhammad sebagai pemidato, Muhammad sebagai reformis, Muhammad sebagai pelindung anak-anak yatim, Muhammad sebagai pelindung hamba-hamba sahaya, Muhammad sebagai pemberi kebebasan kepada wanita, Muhammad sebagai penegak undang-undang, Muhammad sebagai hakim dan Muhammad sebagai insan suci.

Pada kesempatan yang lain, beliau menulis, Jikalau keunggulan seseorang terletak pada kemampuannya untuk membersihkan masyarakat daripada keganasan serta kerendahan akhlak dan budi serta mengangkat mereka menjadi pemegang obor tamadun dan keilmuan, dia memang layak dikatakan unggul. Jikalau keunggulan terletak pada kemampuan mengikat tali persaudaraan yang kukuh di dalam masyarakat yang selama ini dipenuhi persengketaan dan pergeseran, beliau juga layak dikatakan unggul. Jika keunggulan terletak kepada kejayaan menukar kepercayaan sesebuah masyarakat daripada belenggu jahiliah dan kesesatan kepada suatu kepercayaan murni, beliau berjaya melakukannya ke atas jutaan manusia. Jika keunggulan berkait rapat dengan akhlak tinggi, beliau memang dikenali oleh kawan dan lawan sebagai Al-Amin. Jika keunggulan dikaitka dengan kemampuan mengalahkan musuh, beliau adalah seorang anak yatim yang akhirnya berjaya menjadi pemimpin yang setanding dengan Maharaja Rom dan Parsi serta mampu mengasaskan sebuah empayar yang besar yang bertahan selama 14 abad. Jikalau ketaatan dan ketundukkan adalah syarat pada keunggulan, sebutan namanya sahaja mendatangkan hormat dan ketundukkan di hati jutaan manusia di seluruh dunia.


Profesor Laura Veccia Vaglieri

Profesor Dr. Laura Vecia Vagliera ialah orientalis terkenal dari Itali. Beliau menulis banyak artikel tentang Islam dan salah satu daripadanya ialah Apalogia dell Islamismo yang ditulis dalam bahasa Itali. Artikel ini diterjemahkan di dalam bahasa Inggeris dengan tajuk An Intepretation of Islam. Di anatara isi-isinya ialah, Ketika menyeru manusia supaya mereka menyembah Allah SWT yang Esa, Muhammad tidak pernah menggunakan pendekatan yang menghalang manusia daripada berfikir tentang kebenaran. Dia tidak menggunakan pendekatan magis yang memukau penglihatan, tidak juga menyeru dengan menggunakan ancaman serta ugutan. Apakah yang dia lakukan? Dia menyuruh mereka agar menggunakan akal dan bertafakur tentang kejadian alam dan rahsia kejadiannya. Di dalam bahasa mudah, dia menyuruh mereka membaca Buku Alam dan berfikir tentangnya agar dengannya mereka akan yakin dengan kewujudan Illahi.
Seterusnya beliau menulis, Ajaran Islam sepatutnya diberikan penghargaan kerana ia berjaya membanteras penyembahan berhala dan keganasan dalam kehidupan. Islam berjaya membuka minda manusia untuk memahami alam maya. Islam membersihkan masyarakat daripada adat dan kepercayaan yang sebenarnya merendahkan martabat dan pemikiran manusia. Islam menghancurkan persengketaan dan permusuhan yang berdasarkan fahaman kebangsaan dan fanatik kaum serta meruntuhkan pergantungan masyarakat kepada bomoh-bomoh sesat dan penengok nasib. Amalan-amalan menyekutukan Tuhan, termasuk mengadakan orang-orang tengah dalam ibadat, amat dilarang dalam Islam lantas Islam melahirkan manusia yang menyembah Tuhannya tanpa sebarang penyegutuan.


Paderi Kenneth L. Jenkins

Paderi Kenneth L. Jenkins ialah tokoh daripada Gereja Pentecostal di Indianapolis, Amerika. Pada suatu ketika di dalam hidupnya beliau meragui kensep Tritunggal ataupun Trinity yang diajar ileh agama Kristian. Berhubung dengan konsep itu, beliau menulis, Tidak ada seorang pun yang mampu menjelaskan bagaimana Nabi Isa yang dikatakan Tuhan dapat bercantum dan menjadi sebahagian daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci dan menjadi suatu identiti. Beberapa orang penyebar agama Kristian akhirnya terpaksa mengakui bahawa mereka juga tidak memahami konsep itu tetapi sekadar mempercayainya. Kesemua ini, di samping ketidakmampuan saya untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan yang saya anggap penting, merangsang saya supaya mencari suatu perubahan di dalam hidup.
Tentang Nabi Muhammad beliau menulis, Saya amat mengkagumi cara hidup Nabi Muhammad s.a.w dan saya ingin mendalami cara hidup Baginda…….Saya dihadiahkan satu set kitab Sahih Muslim oleh guru Quran saya, dan ketika itu barulah saya sedar bahawa saya perlu mengetahui tentang kehidupan, perkataan dan amalan hidup Baginda….
Beliau memeluk Islam di hadapan Shykh Abdullah bin Abdul-Azeez bin Baz di Saudi Arabia dan nama Islam beliau ialah Abdullah Al-Faruque.


Profesor Sue Watson

Sue Watson ialah seorang wanita dan seorang profesor, di samping menjalankan tugas sebagai seorang paderi dan pengembang agama Kristian yang gigih. Beliau amat mendalami ilmu agama Kristian dan memperoleh ijazah di dalam bidang Ilmu Ketuhanan. Pada suatu ketika beliau ingin mengetahui tantang Allah SWT yang disembah oleh orang Islam. Beliau menulis, Siapakah Allah yang disembah oleh orang-orang Islam? Agak menarik untuk disebutkan, pada 300 tahun pertama agama Kristian, paderi-paderi Kristian berpegang kepada konsep yang dipegangi oleh orang-orang Islam, iaitu Nabi Isa ialah seorang Rasul dan pembimbing. Selepas Maharaja Constantine memeluk Agama Kristian beliau memasukkan konsep Tritunggal dan sekaligus mewujudkan konsep keberhalaan di dalam Kristian. Sebenarnya konsep Tritunggal tidak pernah wujud dalam di dalam Bible.
Apakah pandangan beliau tentang Nabi Muhammad s.a.w? beliau menulis, Siapakah sebenarnya Muhammad? Saya mendapati, orang-orang Islam tidak menyembah Baginda sebagaimana orang-orang Kristian menyembah Nabi Isa a.s. Nabi Muhammad tidak pernah menjadi orang tengah di dalam penyembahan Tuhan, malah umat Islam dilarang sama sekali menyembahnya. Baginda ialah seorang Nabi dan Rasul akhir zaman. Risalah yang disampaikan Baginda adalah untuk seluruh alam, berbeza dengan risalah Nabi Isa dan Nabi Musa yang dikhususkan hanya untuk bangsa Bani Israel.
Profesor Sue Watson akhirnya memeluk Islam dengan mengambil nama Khadijah Watson. Sekarang beliau bertugas sebagai seorang guru di Pusat Dakwah di Jedddah, Arab Saudi.


Paderi George Anthony

George Anthony ialah seorang Paderi Katolik di Sri Lanka. Berasal dari Kampung Rathnapura, beliau mendapat pendidikan dan latihan sebagai seorang paderi selama 10 tahun dan akhirnya diamanahkan memimpin Gereja Katumayaka di Sri Lanka. Beliau amat mahir di dalam Ilmu Bible namun beliau sering merasa pelik kerana isi-isi Bible sentiasa bercanggah antara satu sama lain. Selepas mengkaji, beliau yakin bahawa Bible tidak pernah mengatakan Nabi Isa ialah anak Tuhan. Beliau menulis, Orang-orang Kristian mengatakan Nabi Isa a.s ialah anak Tuhan sedangkan di dalam bab Acts 2:22, Bible menegaskan bahawa Nabi Isa adalah seorang manusia: Wahai mereka daripada keturunan Israel, dengarlah, Jesus Nazareth adalah manusia daripada kalangan kamu yang menerima pelbagai mukjizat, yang dipilih oleh Tuhan, sebagaimana yang kamu sudah tahu.
Tentang Nabi Muhammad s.a.w beliau menulis, Di dalam Bible Esaiah 9:12 disebutkan: Dan Kitab itu diberikan kepada dia yang tidak berpelajaran seraya berkata, bacalah, dan dia menjawab, aku tidak tahu membaca. Ayat ini sebenarnya sedang menceritakan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan seorang Nabi yang tidak tahu membaca dan menulis. Ketika Jibrail menyuruh Baginda membaca, Baginda menjawab, Aku tidak tahu membaca.
George Anthony memeluk Islam dengan nama Abdul Rahman. Sekarang beliau seorang pelatih di sebuah institusi di Kuwait.


Paderi Viacheslav Sergeevich Polosin

Beliau dilahirkan pada tahun 1956, merupakan seorang paderi dari Rusia. Beliau memperolehi ijazah di dalam Ilmu Ketuhanan di Moscow Ecclesiastic Seminary pada tahun 1984 sebelum dilantik menjadi paderi. Pada tahun 1990, beliau duberikan kepercayaan menjawat tugas Ketua Paderi di Rusia dan serentak dengan itu memegang beberapa jawatan penting di Rusia. Beliau juga aktif di dalam bidang penulisan dan salah sebuah bukunya bertajuk, Myth, Religion, and the State, terbitan 1999 di Moscow. Ketika diwawancara oleh majalah Musulmane, beliau menceritakan sebab-sebab beliau tertarik dengan agama Islam.
Beliau menulis, Selepas mengkaji selama beberapa tahun, saya merumuskan, Al-Quran tidak pernah mengatakan bahawa Tuhan Yang Maha Pencipta adalah sama dengan makhlukNya kerana pendapat yang sedemikian melambangkan kesyirikan….. Apa yang sedemikian diceritakan oleh Injil tentang Nabi Isa a.s tidak dapat saya terima sepenuhnya kerana keaslian teks Injil yang digunakan dapat dipertikai kesahihannya. Namun saya menerima Nabi Isa seperti yang diceritakan oleh Al-Quran, bahawa Baginda ialah seorang Rasul yang benar yang dilahirkan dengan cara yang luar biasa.
Berhubung Nabi Muhammad s.a.w beliau menulis, Saya meyakini bahawa Al-Quran adalah kitab yang terakhir yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada Tuhan melainkan Tuhan Yang Esa, iaitu Allah, dan Muhammad ialah Rasul utusan Allah.


Paderi David Benjamin Keldani

Beliau dilahirkan pada tahun 1867 di bandar Urmia di Parsi. Daripada tahun 1886 hingga 1889, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar kepada Archbishop of Canterburys Mission untuk membimbing penganut-penganut agama Kristian di Urmia. Pada tahun 1892 Cardinal vaugan menghantarnya untuk melanjutkan pelajaran di Rom dan di sana beliau dididik di dalam ilmu Falsafah dan Ketuhanan di Propaganda Fide College dan pada tahun 1895 beliau dilantik menjadi paderi. Tidak berapa lama selepas itu beliau menjawat tugas Paderi Besar di Urmia.
Sumbangan beliau untuk agama Kristian amat banyak sekali. Pada tahun 1892 beliau menyumbang beberapa artikel yang bertajuk, Assyria,Rome and Canterbury untuk majalah The Tablet , dan artikel Authencity of the Pentateuch untuk Irish Record. Beliau menterjemahkan Ave Maria di dalam beberapa bahasa dan diterbitkan di dalam Illustrated Catholic Missions. Ketika di Constantinople, di dalam perjalan ke Parsi pada tahun 1895, beliau menulis beberapa siri artikel di dalam bahasa Inggeris dan Perancis dan tulisan-tulisan itu diterbitkan oleh The Levant Herald di bawah tajuk Eastern Churches. Pada tahun 1897 beliau dipilih mewakili Katolik Timur ke Kongres Kristian di Perancis dan isi ucapan beliau diterbitkan oleh majalah Eucharistic Congress.
Di dalam hidupnya, satu persoalan sentiasa berligar di dalam pemikirannya: Adakah agama Kristian, dengan kepelbagaian falsafahnya dan kitabnya merupakan agama yang benar? Pada musim panas tahun 1900, beliau bertapa selama sebulan di Digala dan di sana beliau membaca Bible berulang-ulang kali di dalam bahasanya yang asal, memohon petunjuk daripada Tuhan. Akhirnya beliau meletakkan jawatannya sebagai Paderi Besar Urmia dan selepas pertemuan dengan Ulama Islam, Syeih Jemaluddin Effendi dan lain-lainnya, beliau terus memeluk agama Islam dengan nama Abdul Ahad Dawud.
Di anatara sumbangan beliau untuk Islam ialah penerbitan buku beliau yang bertajuk Muhammad in the Bible. Di Malaysia ia diterbitkan pada tahun 1969 oleh Pustaka Antara di bawah naungan AngkatanNadhhatul Islam Bersatu (BINA) di Sarawak. Di antara isi-isinya ialah tentang Nabi Muhammad s.a.w yang kedatangannya disebutkan di dalam Bible secara jelas dan terang. Beliau menulis, Di dalam bab Haggai 2:7 disebutkan seorang Himada yang akan dikurniakan dengan Shalom. Himada ini adalah kata dasar bagi Muhammad. Shalom di dalam bahasa Hebrew bermaksud Islam….. Kalimat Shiloh yang terdapat dalam Perjanjian Lama (bab Genesis 49:10) di dalam bahasanya yang asal bermaksud Al-Ameen, yang juga berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w…….. Yang paling menarik ialah sebuah kisah di dalam bab ketujuh daripada Book of Daniel berkaitan dengan seorang yang hebat yang bakal dibangkitkan dengan gelaran Barnasha atau Son of Man. Perincian kisah itu menunjukkan dengan jelas bahawa Barnasha sebenarnya ialah Muhammad.


Paderi Ibrahim Khalil Philobus

Ibrahin Khalil Pholibus dilahirkan pada bulan Januari 1919 dan merupakan seorang paderi Koptik berasal dari Mesir. Beliau mendapat kelulusan yang tinggi dari Universiti Princeton di dalam bidang Ilmu Ketuhanan pada tahun 1948. pada tahun 1954 beliau dilantik menjadi setiausaha agung projek German Swiss Mission di Aswan, Mesir. Pada ketika yang sama, beliau mengkaji Islam dengan tujuan mencari kelemahannya supaya dapat dijadikan midal melemahkan keyakinan umat Islam. Namun sebaliknya, beliau mula sedar tentang kesucian agama Islam dan kepalsuan agama Kristian. Akhirnya beliau memeluk Islam pada bulan Januari 1960 dengan mengambil nama Ibrahim Khalil Ahmad. Di antara sebab-sebab beliau tertarik dengan Islam ialah Keyakinan saya kepada Islam adalah hasil pembacaan Al-Quran dan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Di antara ayat Al-Quran yang menarik perhatian beliau ialah, Mereka yang mengikut Rasul yang ummi yang disebutkan kisahnya di dalam Taurat dan Injil


Vincebt Montagne

Vincent Montagne ialah cendiakawan dari Perancis yang dianggap pakar di dalam bidang Islam oleh orang-orang Arab. Beliau menghabiskan banyak masa menjelajahi negara-negara Islam dan Arab termasuk Iran, Senegal, Indonesia, Mali, Ghana, Ivory Coast, Niger, Mauritania dan Sierra Leone. Beliau menulis ratusan artikel di samping lebih kurang 20 buah buku tentang tanadun Islam, orang-orang Islam dan Arab. Salah satu usaha yang melambangkan kegigihannya ialah menterjemahkan buku Muqaddimah karya Ibn Khaldun ke dalam bahasa Perancis. Beliau menghabiskan masa enam tahun menyiapkannya. Akhirnya beliau memeluk Islam pada bulan Julai 1977 dengan menggunakan nama Al-Mansour Al-Shafii dengan nama Islamnya. Ketika diwawancara oleh majalah France and The Arab World berhubung dengan ini, beliau berkata, Saya tidak boleh menerima tiga konsep kepercayaan yang terdapat di dalam agama Kristian terutamanya konsep Trinity atau Tritunggal dan nabi Isa disalib……pada tahun 312 Masihi, Nabi Isa diisytiharkan sebagai Tuhan dan Anak Tuhan sedangkan pada tahun 1215 pada Persidangan Rom yang ke IV, rumusan yang dibuat ialah Tuhan adalah Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan dan konsep ini amat selari dengan ajaran Islam. Seperkara lagi ialah, orang-orang Islam meyakini Al-Quran adalah kalam Tuhan sedangkan orang-orang Kristian tidak mempunyai keyakinan yang mendalam seperti itu tentang Bible. Mereka mempercayai Nabi Isa ialah kalam Tuhan.
Berhubung dengan Nabi Muhammad s.a.w beliau berkata, Saya tidak meragui sedikitpun bahawa risalah yang dibawa oleh Muhammad adalah benar. Saya meyakini bahawa Muhammad Rasul yang terakhir yang diutuskan untuk seluruh alam dan mesej yang dibawa Baginda adalah pelengkap kepada apa yang terdapat di dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Bukti yang terbaik dalam perkara ini ialah Al-Quran, mukjizat yang paling agung.

2 thoughts on “bangga menjadi umat nabi muhammad s.a.w.

  1. yeah, bangganye jd ummat Nabi Muhammad SAW.. ^_^ x pnh plak dgr psl Vincent Montagne tu. "Saya pernah mengatakan bahawa agama ajaran Muhammad ini, suatu hari nanti, dapat diterima di Eropah." – George Bernard Shawamin… sgt2 b’harap. huhu..

  2. Welcome to enter (wow gold) and (wow power leveling) trading site, (Rolex) are cheap, (World of Warcraft gold) credibility Very good! Quickly into the next single! Key words directly to the website click on transactions! -318912920787067

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s