setiap muslim itu bertanggungjawab ke atas nama Islam..

KAHERAH 16 Sept. – Penjelasan Pope Benedict XVI semalam gagal meredakan kemarahan masyarakat Islam, sebaliknya ramai pemimpin negara- negara Islam menggesa ketua pemimpin agama Katolik itu menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

Hari ini beliau melahirkan rasa kesal kerana kenyataannya.

Tindakan Benedict, kelahiran Jerman, yang mengkaitkan Islam dan jihad dengan keganasan terus mencetuskan bantahan di seluruh dunia hari ini, dengan pemimpin Islam menuntut beliau meminta maaf.

Tunjuk perasaan diadakan di banyak negara, termasuk di Indonesia dan Bangladesh.

Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh memberitahu akhbar Al-Riyadh, kenyataan Pope Benedict yang mengkaitkan Islam dengan keganasan adalah satu cerita bohong.

“Semuanya bohong belakang. Islam tiada kaitan langsung dengan keganasan. Islam disebarkan hanya melalui keyakinan umatnya setelah melihat kebaikan dan keadilannya,” kata Sheikh Abdul Aziz.

Ulama kanan Syiah di Lebanon mengecam pandangan beliau tentang perang jihad manakala Mesir memberi amaran pandangannya itu boleh mencetuskan keganasan di antara masyarakat Islam dan Kristian.

Bagaimanapun Canselor Jerman, Angela Merkel mempertahankan ketua paderi itu.

Di Teheran, jurucakap Kementerian Luar Iran turut menggesa Pope Benedict meminta maaf dan berkata, pemimpin itu telah melakukan “kesilapan besar.”

Di Kandahar, Afghanistan, kumpulan militan Taliban turut menggesa Pope Benedict supaya meminta maaf dan berkata ulasan beliau menunjukkan masyarakat Kristian di sedang melancarkan peperangan menentang masyarakat Islam.

Di Bandar Kuwait, ahli Parliman Daifallah Buramia menggesa kerajaan Kuwait supaya menghentikan pengeluaran lesen untuk gereja-gereja baru di negara itu sebagai tanda protes.

Dua buah gereja di Tebing Barat diserang dengan bom api awal hari ini dalam satu insiden yang ada kaitan dengan kemarahan masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap pandangan Pope Benedict.

Sebuah kumpulan Islam mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ke atas gereja Anglikan dan gereja Ortodoks Yunani di bandar Nablus, Tebing Barat.

Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan besar berlaku dalam serangan itu.

Sementara itu, dalam reaksi pertama dari pemimpin Kristian, Ketua Gereja Ortodoks Koptik Mesir menyifatkan kenyataan Pope Benedict tentang Islam adalah “bertentangan dengan ajaran Kristian.”

Koptik Pope Shenouda II memberitahu akhbar prokerajaan, Al-Ahram bahawa beliau tidak mendengar kata-kata sebenar Pope Benedict, tetapi “sebarang kenyataan yang menyinggung Islam dan Muslim bertentangan dengan ajaran Kristian.”

Kumpulan Islam Britain, Pertubuhan Islam Britain memuji kenyataan dikeluarkan oleh Pope Benedict hari ini.

Mesir pula memanggil Duta Vatican ke Kaherah bagi menyatakan bantahan manakala Maghribi mahu memanggil dutanya ke Vatican untuk perbincangan lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s