ni ape kess plak ni??

Jack Straw minta wanita Islam Britain tanggal purdah

LONDON 6 Okt. – Cadangan bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw supaya wanita Islam menanggalkan purdah mereka bagi tujuan memudahkan komunikasi dan bersikap lebih terbuka mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Islam.

Dalam ruangan khas akhbar Lancashire Evening Telegraph, Straw menulis mengenai ketidakselesaan apabila seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dapat melihat wajahnya.

Buat masa ini, terdapat lebih 1.6 juta orang Islam di Britain atau anggaran 2.7 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini mengikut bancian tahun 2001.

Straw yang kini merupakan Ketua House of Commons selepas digugurkan sebagai Setiausaha Luar pada Mei lalu berkata, beliau akan meminta wanita Muslim menanggalkan purdah apabila mengadakan lawatan ke kawasan pilihan rayanya agar perbualan dengan mereka yang memakai purdah lebih jelas.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam Britain, Massoud Shadjareh berkata, beliau agak hairan dengan kenyataan Straw itu yang sepatutnya menyedari akan tanggungjawab beliau untuk mewakili “kepentingan pengundi dan bukannya melakukan diskriminasi terpilih berdasarkan agama semata-mata.”

Jurucakap Majlis Bagi Masjid, Nasrullah Anwar memberitahu Sky News, beliau juga terkejut dan tersinggung dengan komen itu.

“Anda sepatutnya tahu bahawa seseorang dalam kedudukannya akan lebih sensitif dan lebih memahami, malah mungkin telah diberi nasihat mengenai cara yang sesuai untuk memberi komen ataupun sebaliknya,” kata beliau.

Akhbar The Guardian dan The Daily Telegraph menyiarkan gambar wanita dengan mulut mereka diletakkan pelekat pada muka depan akhbar itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s