sengaja melakukannya ataupun bertujuan menangkap ikan??

Tembakan di sempadan Korea Utara – Korea Selatan

SEOUL 7 Okt. – Tembakan dilepaskan hari ini di sepanjang sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara ketika ketegangan meningkat berikutan ancaman Pyongyang untuk menjalankan ujian bom atom pertamanya.

Askar Korea Selatan melepaskan beberapa tembakan amaran sejurus selepas tengah hari (11 pagi waktu Malaysia) setelah lima askar Korea Utara menyeberangi sempadan di Zon Bebas Tentera yang memisahkan tentera kedua-dua negara, kata pegawai tentera Korea Selatan.

Belum jelas sama ada kemaraan askar komunis itu dirancang sebagai provokasi, kata seorang pegawai Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Tiada kecederaan berlaku dan askar Korea Utara tersebut berundur.

“Tidak dapat dipastikan sama ada mereka sengaja melakukannya atau bertujuan untuk menangkap ikan,” kata pegawai itu.

Empat askar tidak bersenjata manakala seorang lagi membawa selaras raifal, ujar beliau.

Askar komunis itu mara kira-kira 30 meter melepasi Garisan Pemisah Tentera sebelum berundur ke kawasan mereka sendiri selepas tentera Korea Selatan melepaskan kira-kira 40 tembakan amaran.

Awal hari ini, jiran-jiran Korea Utara mengalu-alukan kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran kepada Pyongyang supaya jangan menguji senjata nuklear pertamanya.

– AP

13 thoughts on “sengaja melakukannya ataupun bertujuan menangkap ikan??

  1. yeay, sy dh smpi.. *^^* tp nmpk cam korea utara yg lebih2 musuhnya. aritu gi tgk terowong yg utara wat utk ceroboh s’tan.. ke, s’tan pun ade gak nk ceroboh utara, tp kte x tau? hmm..

  2. ye la..kira cam pencerobohan tanpa niat la..bkn nk menyerang..juz nk ke perairan dia tngkap ikan dan mkn…kn bese kes tu jadi kt sempadan…masalahnye sempadan org len x de la nk kena ambush..dorg ni siap 40 tembakan tu..

  3. skg ni cmne ek..??makin teruk dah kn dgr..smnjak north korea dah lncarkn nuclear weapon diorg..tp katenye tu bkn nuclear weapon ek??sbb takde radiation pn..US gelabah lebih2 skg nih..haishh..

  4. Hi,Do you need screen advertisings, digital sign, digital signages and LCDs? Please go Here:www.amberdigital.com.hk(Amberdigital).we have explored and developed the international market with professionalism. We have built a widespread marketing network, and set up a capable management team dedicated to provide beyond-expectation services to our customers.
    amberdigital Contact Us
    E-mail:sstar@netvigator.com
    website:www.amberdigital.com.hk
    alibaba:amberdigital.en.alibaba.com[gbghab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s