n diz is?? heh..ok ok..bkn brite masalah umat islam

Soft Skill tingkat kualiti graduan

KUANTAN 8 Okt. – Kementerian Pengajian Tinggi akan memperkenalkan satu modul baru iaitu Soft Skill di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti graduan.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, Soft Skill adalah modul penting dan diwajibkan untuk memperkasakan pelajar-pelajar universiti bagi meningkatkan komunikasi.

Katanya, Soft Skill adalah salah satu elemen baru bagi menjana kemahiran pelajar menguasai komunikasi supaya mereka merasa yakin dan mampu mencapai kejayaan apabila memasuki dunia pekerjaan.

‘‘Setiap mahasiswa yang berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang masih dianggap gagal jika tidak mempunyai Soft Skill kerana mereka tidak pandai bercakap dan ia diwajibkan kepada semua mahasiswa di IPTA,” katanya.

Mustapa berkata demikian semasa berucap kepada para mahasiswa Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (Kuktem) selepas menunaikan sembahyang Maghrib di Masjid Kuktem, di sini malam tadi.

Sebelum itu Mustapa yang diiringi oleh Rektor Kuktem, Prof. Datuk Dr. Mohamed Said Mat Lela menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama pelajar dan kakitangan kolej itu.

Sebelum itu pada sebelah petang, beliau turut meluangkan masa melawat tapak kampus tetap projek universiti itu di Kuala Pahang.

Menurut beliau, program Soft Skill telah dilancarkan di KUKTEM dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ia menunjukkan impak yang baik kepada para pelajar kedua-dua universiti tersebut yang telah mengikuti kursus itu.

Katanya, kementeriannya akan memantau program itu dari semasa ke semasa dalam tempoh setiap enam bulan supaya modul tersebut mampu memenuhi matlamat bagi melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan mampu berkomunikasi dengan baik.

Berucap di majlis yang sama, Mustapa memberitahu, kerajaan pada dasarnya telah bersetuju untuk menukarkan nama Kuktem kepada nama baru iaitu Universiti Malaysia Pahang.

Katanya, penukaran nama itu dibuat bagi memenuhi hasrat kerajaan negeri Pahang yang ingin memiliki sebuah universiti sendiri dan nama Kuktem itu sendiri memberikan pengertian yang negatif kepada masyarakat dan pihak industri.

‘‘Kita telah mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk daripada bekas-bekas pelajar Kuktem sendiri sebelum mengambil keputusan menukar nama universiti ini.

‘‘Ramai yang beranggapan kolej universiti memberikan gambaran Kuktem adalah universiti kelas kedua dan memberi persepsi negatif terutamanya untuk bersaing dengan graduan IPTA lain dalam dunia pekerjaan,” katanya.

Sehubungan itu Mustapa berharap penukaran nama itu akan memberikan imej baru yang lebih positif terutamanya kepada pihak industri supaya tidak memandang Kuktem sebagai universiti kelas kedua.

 
softskill diajar kt univ2 msia?hurm..kitorg kt univ korea ni?
ㅎㅎㅎ왜갑자기이런뉴스에관심있나???그래..학생이라니…softskill 필요한다..나도 softskill 배워야겠다..kuktem학생들만 배운게안되잖아..ㅎㅎㅎ아니면..항상말이어려울거야..앞으로…ㅎㅎㅎ
근대학생들과같이드셔본적이많이계시네..

11 thoughts on “n diz is?? heh..ok ok..bkn brite masalah umat islam

  1. ouh..stkt ni x blaja pon..i donno la kt uni..tp cam x wajib pon la kalau ade..
    ok..melalui satu sumber yg sahih…kuktem uni 1st yg wat softskill ni kt msia , wajib utk sume student..
    menurutnye lg..kuktem ni skema dan ingin melahirkn engineers yg skempos..ㅎㅎㅎㅎadakah mgkin sprti x-ydp nyer?

  2. Welcome to enter (wow gold) and (wow power leveling) trading site, (wow gold) are cheap, (wow power leveling) credibility Very good! Quickly into the next single! Key words directly to the website click on transactions! -318938178727923

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s