ok…now wutt??ade rentetan plak..

Cetus protes terbaru – Menteri kedua Britain pertikai wanita Islam pakai purdah

LONDON 8 Okt. – Seorang lagi menteri kerajaan pimpinan Tony Blair masuk campur dalam pertelingkahan hangat mengenai pemakaian purdah oleh wanita Islam dengan memberi amaran, mereka berdepan dengan risiko mencetuskan “ketakutan dan balas dendam.”

Menteri Masyarakat, Phil Woolas menggesa penduduk Islam memahami pandangan bukan Islam yang kononnya mendapati purdah sebagai sesuatu yang “menakutkan dan mengganggu.”

Woolas yang bertanggungjawab terhadap hubungan komuniti, kaum dan kepercayaan, menyokong bekas Setiausaha Luar, Jack Straw yang mencetuskan perdebatan mengenai isu tersebut sejak Khamis lalu.

“Sukar untuk dinyatakan sama ada wanita yang memakai purdah sebagai ekspresi kepercayaan atau disebabkan dipaksa,” kata Woolas.

“Kebanyakan penduduk Islam kelahiran Britain memakainya, tindakan yang bertujuan menyatakan identiti dan agama.

“Ini boleh mencetuskan ketakutan dan balas dendam di kalangan penduduk bukan Islam dan membawa kepada diskriminasi. Orang Islam semakin bersungguh-sungguh memperlihatkan identiti mereka, dan ia menjadi putaran ganas yang memberi faedah kepada pelampau perkauman seperti Parti Kebangsaan British,” ujarnya.

Sementara itu penunjuk perasaan mengadakan bantahan di Blackburn, bandar perindustrian mempunyai ramai penduduk Islam, kawasan yang diwakili Straw.

Selepas menambah kekusutan, Woolas meminta pihak terbabit bertenang.

Sementara itu Gereja England dalam dokumen rahsia yang dibocorkan kepada The Sunday Telegraph menuduh kerajaan memihak kepada penduduk Islam dalam usaha mengintegrasikan mereka.

– AFP

Reaksi Timbalan Perdana Menteri

LONDON 8 Okt. – Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott hari ini menolak pandangan rakannya yang menggesa wanita Islam menanggalkan purdah, tetapi mengalu-alukan perbahasan mengenainya.

Prescott memberitahu BBC, beliau tiada masalah untuk berkomunikasi dengan wanita Islam memakai purdah.

“Saya merasakan seorang wanita hendak memakai purdah, mengapa tidak? Itu pilihan dia Ia bukan satu isu yang besar,” kata beliau di sini.

– AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s