x serik2 kena rebelled ke?org denmark ni kepala ferum gak ek?

Video: OIC tuntut Denmark jelas senda Nabi

JEDDAH 8 Okt. – Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menuntut penjelasan daripada kerajaan Denmark berhubung tindakan televisyen negara itu menyiarkan video mempersenda-senda Nabi Muhammad s.a.w kelmarin.

Televisyen milik kerajaan Denmark telah menyiarkan video amatur yang menunjukkan sekumpulan pelampau kulit putih anti-pendatang, Parti Rakyat Denmark (DPP) di satu kem musim panas Ogos lalu menyanyi, meminum arak dan menyertai pertandingan lukisan menghina imej Nabi Muhammad.

Satu sumber OIC berkata, pertubuhan itu akan “mendapatkan alasan di sebalik tindakan menghina Nabi yang berulang-ulang di Denmark” dan memberi amaran insiden tersebut akan mendatangkan balas dendam berbahaya.

Pada September tahun lalu, akhbar harian Denmark, Jyllands-Posten menerbitkan karikatur, termasuk lakaran yang menunjukkan Nabi Muhammad memakai serban bom.

“Mengambil kira masalah awal, kita perlu berhati-hati,” kata Ahmed Abu-Laban, imam di Copenhagen yang membantu mengadakan lawatan ke Mesir dan Lebanon tahun lalu bagi mendapatkan sokongan pemimpin Islam mengadakan bantahan terhadap lukisan tersebut.

Sayap belia beberapa parti lain, termasuk Parti Liberal yang memerintah membidas DPP dan menyatakan, mereka akan membuat bantahan dengan memulau acara politik dihadiri DPP.

Ikhwam Muslimin di Mesir mengecam rakaman video itu dengan meminta umat Islam mempertahankan Islam sempena bulan Ramadan.

Protes juga dilahirkan di Indonesia dengan Majlis Mujahidin Indonesia mengecam perbuatan tersebut.

– Agensi

3 thoughts on “x serik2 kena rebelled ke?org denmark ni kepala ferum gak ek?

  1. diorg nih ignorant tahap melampau dah nih..takleh dibiarkn..bile umat islam around the world wat riot/protest kate la kite terrorist la ape laa..how people can be very ignorant n intolerable..i wonder… 

  2. tula. dhla skrg kt sini diorg dok pertikaikan isi kandungan al-Quran, sbb ade wartawan kt sini tulis artikel ckp Islam mmg ganas, b’dasarkn hukum hudud. klu sy x silap fahamla.. byk gak t’buka rancangan bncang2, yg bncg psl tu. huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s