uwaa…alhamdulillah..tambah berkat dlm ramadhan..*^^*

KUALA TERENGGANU 10 Okt. – Terengganu hari ini mencatat sejarah apabila 937 orang kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun yang belajar di tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) khatam al-Quran secara serentak.

Sebelum menerima sijil khatam al-Quran daripada Sultan Mizan Zainal Abidin, kesemua kanak-kanak itu termasuk 48 orang berusia lima tahun diberi peluang untuk memperdengarkan bacaan secara beramai-ramai kepada lebih 5,000 hadirin di Stadium Negeri di sini hari ini.

Kejayaan YIT itu adalah yang julung kali berlaku di negara ini dan diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.

Usaha melahirkan kanak-kanak yang dapat khatam al-Quran sebelum memasuki sekolah rendah diilhamkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh di bawah program khas yang dikenali sebagai Pintar Al-Quran.

Di bawah program Pintar Al-Quran yang mula diperkenalkan pada 5 Julai tahun lalu, murid-murid tadika YIT akan diajar dan dibimbing untuk menamatkan 30 juzuk al-Quran sebelum dikeluarkan sijil khatam al-Quran.

Sultan Mizan ketika bertitah merasmikan program tersebut berharap dorongan dan bimbingan hendaklah sentiasa diberikan kepada anak-anak dari usia muda untuk terus membaca dan menghafaz al-Quran.

Menurut baginda, kesungguhan itu wajar diteruskan dan dihidupkan agar anak-anak dapat membesar dalam suasana al-Quran dan as-Sunnah selain memastikan generasi akan datang mempunyai tunjang pegangan agama yang kukuh dan terhindar dari gejala sosial.

‘‘Beta berharap penerapan ilmu al-Quran ini hendaklah diteruskan ke peringkat sekolah menengah dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian,” titah Sultan Mizan.

Sementara itu, Idris dalam ucapannya mencadangkan agar program Pintar Al-Quran itu diperluaskan ke lebih banyak tadika di negeri ini termasuk yang dikendalikan oleh pihak swasta.

Menurut Idris, sebelum ini beliau telah mencabar YIT supaya melahirkan seramai mungkin pelajar prasekolah yang khatam al-Quran.

‘‘Kejayaan 937 kanak-kanak khatam al-Quran ketika masih belajar di tadika adalah satu kejayaan besar dan program sebegini akan diperbanyakkan ke arah mencipta tamadun baru di Terengganu.

‘‘Kita telah sama-sama buktikan bahawa jika ada kemahuan dan kesungguhan, insya-Allah ada peluang,” tegas beliau lagi.

14 thoughts on “uwaa…alhamdulillah..tambah berkat dlm ramadhan..*^^*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s