tiada istilah terlambat utk bertaubat…*^^*

20 banduan kes berat hafaz al-Quran dalam penjara

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Penjara Kajang berjaya membuktikan bahawa penjara bukan suatu institusi tempat banduan menjalani hukuman semata-mata apabila ada di antara banduan di situ berjaya menjadi tahfiz al-Quran.

Sebanyak 20 banduan termasuk yang menjalani hukuman penjara sepanjang hayat kerana kesalahan berat seperti membunuh dan merogol, berjaya lulus ujian menghafaz sekurang-kurangnya satu juzuk al-Quran di Penjara Kajang, semalam.

Difahamkan, kebanyakan mereka yang lulus ujian tersebut, ketika mula memasuki penjara itu mempunyai pengetahuan agama sangat rendah termasuk tidak mahir langsung dalam tajwid.

Bagaimanapun atas inisiatif pegawai dan anggota Unit Agama Jabatan Penjara, mereka dipilih menyertai program bimbingan agama atau halaqah sebelum dimasukkan pula ke kelas menghafaz al-Quran hingga berjaya dalam ujian itu.

Pengarah Penjara Kajang, Alzafry Mohamed Alnassif Mohamed Adahan ketika dihubungi berkata, pihaknya bersyukur kerana dapat melatih para banduan itu dengan ilmu agama walaupun ada antara mereka pernah terlibat dengan kes di luar batas kemanusiaan.

“Siapa kata mereka tidak boleh berubah dan insaf sewaktu dimasukkan ke penjara, sekurang-kurangnya kejayaan para banduan ini membuktikan institusi penjara bukanlah tempat banduan menjalani hukuman semata-mata seperti mana sering masyarakat fikirkan.

“Kami di Jabatan Penjara setiap masa berusaha dan memikirkan bagaimana cara untuk membantu mengubah mereka menjadi manusia berguna, namun paling penting adalah diri mereka sendiri,” katanya pada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Alzafry Mohamed Alnassif berkata, sebagai menghargai kesungguhan mereka, Jabatan Penjara bersetuju memberi hadiah wang tunai RM100 untuk setiap satu juzuk al-Quran yang dihafal.

Katanya, secara tidak langsung, inisiatif kecil ini boleh menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menghafaz lebih banyak juzuk pada masa akan datang.

Beliau juga berterima kasih kepada pegawai dan kakitangan penjara kerana berjaya melatih para banduan ini hingga mereka bukan saja mampu membaca al-Quran dengan baik, juga menghafaz ayat-ayat suci itu.

3 thoughts on “tiada istilah terlambat utk bertaubat…*^^*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s