olimpik 2012.. kisah dan perihalnyer

Selamatkan Olimpik 2012

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi sepakat menyifatkan Sukan Olimpik 2012 yang dijadualkan pada bulan Ramadan, masih boleh dipinda demi menjaga sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

Kata mereka, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik London 2012 perlu mengkaji semula kalendar Islam terlebih dulu sebagai menghormati umat Islam yang akan menjalani ibadat puasa jika mahu melangsungkannya dari 27 Julai hingga 12 Ogos.

Kepada Utusan Malaysia, semalam, Kok Chi berkata, “Jawatankuasa Penganjur Olimpik 2012 masih boleh mengawalkan tarikh itu dari 1 hingga 17 Julai atau 3 hingga 20 Julai asalkan tidak lagi bertembung pada bulan puasa.

“Tidak semestinya Olimpik Musim Panas hanya boleh dilangsungkan sepanjang Jun, Julai dan Ogos. Musim luruh pun masih boleh malah tarikhnya tetap sesuai jika dilewatkan antara September hingga Oktober.”

Penganjur juga perlu menyedari bahawa lebih kurang 40 peratus anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ialah negara Islam malah ada ramai atlet dari bukan negara Islam seperti Thailand atau England yang menganut agama ini, pasti membantah,” katanya.

Kok Chi dan Zolkples mengulas laporan agensi berita asing kelmarin mengenai tarikh temasya sukan berprestij edisi ke-30 itu yang berlangsung ketika umat Islam di seluruh dunia bakal baru menjalani ibadat puasa selama enam hari.

Pada 2012, Ramadan disambut dari 21 Julai hingga 20 Ogos manakala kira-kira 3,000 atlet yang beragama Islam dijangka menyertai Olimpik 2012. Kira-kira 25 peratus daripada 11,099 atlet pada Olimpik Athens 2004, mewakili negara-negara yang majoriti penduduknya Islam.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Islam di London, Massoud Shadjareh berkata: “Mereka tidak akan menganjurkan sukan ini pada musim Krismas. Menganjurkannya dalam Ramadan tidak kurang bodoh dan menunjukkan tiadanya kesedaran dan sensitif.”

Zolkples pula berkata, bukan sahaja Malaysia malah sudah pasti banyak negara Islam di seluruh dunia yang menganggotai IOC akan membantah dengan sekeras-kerasnya.

Kok Chi juga mengakui beliau belum pernah menyertai atau menyaksikan mana-mana Sukan Olimpik yang berlangsung pada Ramadan sepanjang kariernya sebagai pegawai majlis Olimpik kebangsaan (NOC).

“Kami di peringkat Persekutuan Sukan SEA (SGF) atau kebangsaan pun masih sentiasa mengambil kira kalendar Islam dan memastikan bilakah bulan Ramadan sebelum menetapkan tarikh untuk melangsungkan apa-apa kegiatan sukan.

“Saya juga percaya banyak kesan buruk lain yang bakal timbul jika Olimpik tetap berjalan pada bulan puasa terutamanya dari segi pembelian hak liputan TV yang pasti menjejaskan sumber pendapatan IOC,” jelasnya.

One thought on “olimpik 2012.. kisah dan perihalnyer

  1. i am glad to see your blog.it is very good.you are a diligent girl.Fight! Iwill stand beside with you for ever!
       
     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s