kegembiraan di hari raya??

Ramadhan kini tiba di akhirnya
Ummat Islam sudahpun bersedia
Menyambut Syawal hari yang mulia
Menentang nafsu telah berjaya

Namun apakah sanggup kita gembira
Dihari Syaithan di bebaskan semula
Ditutup pula pintu-pintu syurga
Berakhir peluang amalan yang berganda

Para tabi’in pernah menyambutnya
Berpakaian hitam tanda berduka
Apakah berpeluang bertemu semula
Atau akan berakhir usia ?

Hari Raya penuh kesalan
Apakah cukup semua amalan ?
Sunat dan fardhu telah dilaksanakan
Lailatul Qadar telah di bangunkan

Ya Allah, lemahnya diri
Mengenang masa silih berganti
Usia yang muda sudah di akhiri
Amal dan Ibadah tak sempurna lagi

Adakah Rahmah telah ku perolehi
Kemudian Maghfirah mungkinkah ku lepasi
Perjalanan ke syurga masih jauh lagi
Bagaimanakah neraka dapat ku jauhi ?

Ku lihat Ummah sering terpedaya
Dengan semangat berhari raya
Berbelanja besar penuh bergaya
Kononnya menunjuk tanda berjaya

Namun apakah nasib teman dan saudara
Nun jauh di Pakistan sana
Atau di Acheh yang dilanda bencana
Apakah mungkin mereka bergembira ?

Tiada ibu dan juga bapa
Telah kehilangan sanak saudara
Ujian Allah yang datang melanda
Apakah erti berhari raya ?

Pernah berlaku di suatu masa
Rasulullah berjalan di Hari Raya
Bertemu anak yang serba tiada
Lalu dia ditanya baginda
Apakah tiada pakaian yang sempurna ?
Untuk menghiasi hari yang mulia ?

Lalu jawab anak yang berduka
Ayahku telah syahid di jalan Nya
Ibu ku kini nafkah pun tiada
Bagaimana aku dapat bergaya ?
Lalu menitislah airmata baginda

Mengenang nasib anak yang mulia
Dengan sedih baginda berkata
Engkaulah anakku marilah segera
Ku pakaikan baju yang lebih sempurna
Ayahmu kini bertemu Pencipta
Jangan bersedih, keluargamu ke syurga
 

Akhir kalimah aku meminta
Maafkanlah segala dosa
Diriku yang lalai dan tidak sengaja
Semoga disambut hari yang mulia
mendapat keampunan dan mendapat Taqwa

karangan : Dr Abdul Latiff

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s