hurm..cane ek?

Larangan guna nada dering surah al-Quran

LUCKNOW 18 Nov. – Ulama-ulama sebuah sekolah agama utama di India meminta orang ramai tidak menggunakan surah-surah al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit mereka kerana ia bukan amalan Islam.

Para ulama di Dar-ul Ulom, yang terletak di bandar Deoband, utara India, mengeluarkan fatwa melarang penggunaan surah-surah al-Quran atau azan sebagai nada dering kerana bertentangan dengan undang-undang Islam.

Surah-surah al-Quran “bukan untuk hiburan”, kata pegawai sekolah agama itu, Mohammed Asumin Qazmi.

“Sesiapa yang terus menggunakannya mesti dipulaukan oleh masyarakat,” kata Mohammed Asumin dari Saharanpur, 450 kilometer di barat laut Lucknow.

Ulama tertinggi Lucknow, Mufto Badru-Hasan berkata, beliau menyokong larangan ke atas nada dering.

“Seseorang perlu mendengar surah al-Quran yang lengkap dengan fikiran yang bersih dan senyap.

“Jika ia digunakan sebagai nada dering, seseorang akan menjawab telefonnya, menyebabkan bacaan itu separuh jalan. Ini tindakan yang tidak Islam,” jelasnya.

Penggunaan bacaan ayat-ayat al-Quran sebagai nada dering atau seruan azan amat popular di kalangan penduduk Islam di Uttar Pradesh.

Seorang eksekutif syarikat telefon bimbit, Mukesh Sinha berkata, ia merupakan amalan biasa di kalangan penduduk Islam berumur dalam lingkungan 40-an dan 50-an.

Kebanyakan pengguna beranggapan penggunaan nada dering itu mengingatkan mereka kepada agama.

Seorang pengurus bank, Faiz Siddaqui menggunakan surah al-Quran sebagai nada dering berkata: “Apabila telefon saya berdering, saya mendengar surah yang menekankan kepada bekerja keras dan jujur dan saya berasa sangat dekat dengan agama saya.”

– AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s