undang2 besar utk masalah kecik??

Undang-undang Belanda larang burqa

THE HAGUE 18 Nov. – Kerajaan Belanda yang akan menghadapi pilihan raya minggu depan, merancang untuk menggubal undang-undang yang melarang pemakaian burqa dan pakaian yang menutup muka sepenuhnya di tempat-tempat awam.

Tindakan Belanda pernah dianggap bersikap terbuka terhadap para pendatang dan pencari suaka di barisan depan di kalangan negara Eropah yang mempunyai sikap keras terhadap penduduk minoriti Islam.

“Kabinet mendapati pemakaian pakaian yang menutup muka termasuk burqa adalah sesuatu yang tidak diingini di tempat-tempat awam atas alasan ketenteraman awam, keselamatan dan perlindungan kepada warga negara,” kata Menteri Imigresen, Rita Verdonk.

“Dari sudut keselamatan, penduduk mesti boleh dikenal pasti dan dari sudut integrasi, kami beranggap, penduduk tidak ada masalah untuk berkomunikasi,” ujarnya.

Katanya, larangan itu meliputi pemakaian topeng salji dan topi keledar penuh.

Pertubuhan Islam utama di Belanda, CMO mengkritik cadangan larangan itu yang disifatkan sebagai “tindak balas berlebihan terhadap masalah kecil.”

Ayhan Tonco dari CMO berkata, tidak ramai wanita Islam di Belanda yang memakai burqa dan usaha itu “mengarut.”

“Ini undang-undang besar untuk masalah kecil,” katanya yang menganggarkan tidak lebih 30 orang wanita Islam di Belanda yang memakai burqa.

– AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s