makan pelahan ade advantage rupenye..

Khasiat jamah makanan perlahan

NEW YORK 2 Dis. – Hasil kajian terbaru membuktikan secara saintifik bahawa jika makanan dijamah dengan perlahan, jumlah yang diambil adalah lebih kecil dan lebih dinikmati.

Wanita memperoleh kira-kira 70 kalori semasa diminta makan selama mana mereka mahu untuk menghabiskan satu hidangan pasta dan sos berbanding apabila disuruh makan hidangan yang sama sepantas yang mungkin.

Dr. Kathleen Melanson dari University of Rhodes Island berkata, beliau menjalankan kajian itu setelah mendapati tiada sebarang usaha dilakukan untuk menyokong dakwaan makan dengan perlahan mengurangkan selera.

Melanson dan rakan-rakannya menjalankan kajian ke atas 30 wanita muda yang dihidangkan dengan satu hidangan bersama sos tomato dan sayuran beserta keju Parmesan dalam dua keadaan berbeza.

Laporan yang dibentangkan pada mesyuarat tahunan Pertubuhan Kajian Obesiti Amerika Utara menyebut, sekumpulan wanita tersebut mengambil 646 kalori dalam sembilan minit ketika diminta makan dengan laju sementara semasa menjamah makanan dengan perlahan, mereka memperoleh hanya 579 kalori dalam masa 29 minit.

Kumpulan wanita yang makan makanan dengan perlahan berasa lebih kenyang selepas menghabiskan makanan dan masih kenyang sejam selepas makan.

One thought on “makan pelahan ade advantage rupenye..

  1. Hi,glade to see your blog!
    becuse MSN is very slow in china,so I set up another blog on Sohu. http://myxcy.blog.sohu.com/
    Welcome to my guarden!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s