tempat yg tenang dgn penduduknya yg sembahyang 5 kali sehari??

Jermaine yakin Jacko serius fikir peluk Islam

LONDON 30 Jan. – Penyanyi Jermaine Jackson berkata, beliau yakin adiknya, Michael Jackson sudah memikirkan secara serius untuk memeluk Islam.

“Saya merasakan Michael perlu menjadi seorang Muslim kerana dia akan mendapat perlindungan daripada segala tuduhan palsu terhadapnya.

“Ada kekuatan dan perlindungan dalam agama ini,” kata bekas penyanyi Jackson Five yang kini menetap di Bahrain itu.

Beliau berkata demikian sewaktu temu bual dengan BBC Asia Network selepas menduduki tempat kedua di belakang aktres Bollywood, Shilpa Shetty dalam rancangan realiti televisyen Celebrity Big Brother (CBB).

Jermaine berkata, beliau percaya adiknya itu telah memikirkan secara serius untuk memeluk Islam semasa tinggal di Bahrain.

“Saya mendorongnya ke Bahrain kerana saya mahu dia tinggalkan Amerika dan menetap di tempat yang tenang dengan penduduknya sembahyang lima kali sehari,” tegasnya.

Jermaine berkata, Islam membantu mententeramkan beliau sepanjang menyertai program realiti yang menghendaki peserta diawasi 24 jam sehari itu.

“Sekiranya saya tidak mengingati Allah dan bersolat, saya tentu tidak dapat bertahan, Islam membolehkan saya fokus dan menenangkan fikiran,” katanya.

– Reuters

2 thoughts on “tempat yg tenang dgn penduduknya yg sembahyang 5 kali sehari??

  1. Welcome to enter (wow gold) and (wow power leveling) trading site, (wow gold) are cheap, (wow power leveling) credibility Very good! Quickly into the next single! Key words directly to the website click on transactions! -318970046604684

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s