so-called perempuan

Sifat Perempuan yang di larang untuk di kahwini

Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud :

“ Janganlah kamu menikahi enam jenis perempuan iaitu : annanah, mananah, Hananah, haddaqah, barroqah, syaddaqah. Adapun

  1. al-annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura–pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sakit atau sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.
  1. al-mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.
  1. al-hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami . (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)
  1. al-haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membabeankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.
  1. al-barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona. Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri. Demikian ialah bahasa penduduk Yaman : telah merajuk perempuan dan telah merajuk kanak apabila dia tidak suka kepada sesuatu makanan.
  1. al syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek tak tentu arah)

Telah bersabda Rasulullah SAW :

" أن الله تعالي يبغض الثرثارين المتشدقين "

Ertinya : “ Sesungguhnya Allah membenci orang yang banyak cakap tak tentu arahnya.” (hadis hassan)

Dalam satu ungkapan lain yang bermaksud :

Janganlah kamu menikahi empat jenis perempuan iaitu al-mukhtali’ah, al-mubarayah ( suka kemewahan dunia), al-a’hirah (pelacur) dan an-nasyiza ( suka melawan). Adapun

  1. al-mukhtali’ah : perempuan yang sentiasa menuntut cerai daripada suami tanpa sebab.
  1. al-mubarayah : perempuan yang selalu membanding-bandingkan kebanggaan dirinya dengan orang lain. Berbangga dengan kemewahan dunia.
  1. untk dirinya sendiri.emberi layaal-a’hirah : perempuan fasiq yang mempunyai ramai teman lelaki dan kawan (pelacur) Firman Allah Taala :

irman Allah TAala g mempunyai banyak pasangan lelaki dan ramai

" و لا متخذات أخدان"

Ertinya : Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri , hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. (An-nisa’ ayat : 25)

  1. an-nasyiza : perempuan yang meninggikan kata-kata dan perbuatannya ke atas suami (suka melawan)

got it from http://ulamaummah.blogspot.com .. do pay a visit there..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s