syifa, august, sha’baan and becomin ramadhan

Photobucket
take a look: http://www.islamonline.net/English/Family/2004/08/article02.shtml

salam wbh brothers n sisters

Tips Menyambut Ramadhan
Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan
keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang
Ramadhan difahami dengan baik.
Bayangkan, para generasi awal Islam
sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama
enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya
sehingga bertemu dengan Ramadhan. Bila Ramadhan tiba, mereka
sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan. Dan ketika
mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan
seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada
pada diri mereka, karena mereka sedar dan faham betul keutamaan dan
keistimewaan Ramadhan.
Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Berikut kami kemukakan “8 Tips Menyambut Ramadhan”:

1. Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga
kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan
sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat,
tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa
Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma
bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah,
berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke
bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)
2. Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada
kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi
setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya
keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji
Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara
nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah
ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.
3. Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu
memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang
bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang
penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada
bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu
neraka.” (HR. Ahmad).
4. Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar
mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu, isi
setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan
diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.
5. Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan
dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt.
akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya
melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar
terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.”
Muhamad:21.
6. Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan
dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum
Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh
Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu
tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.
7. Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang
mendukung proses tadzkiyatun- nafs – pembersihan jiwa. Hadiri majlis
ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga
secara mental, dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan
kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.
8. Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran
baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang
sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31.
Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya
dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak,
dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada
masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka.
Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi
orang lain.”

Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan
Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikanny a. Amin ya Rabbana.
Allahu a’lam.

http://www.haluan. org.my

Photobucket
-20080809-
the thing which made me considered to go back to malaysia in this summer break..
OCU’S WEDDING..~
dan sudah berkahwin juga lah ocu ku ini..
saya balik kampung awal sengsorang…
kerana hanya saya seorang yang cuti…
maka saya menjadi tenaga buruh membuat kerja kerja kahwin…
seperti:
a. membuat bunga manggar
b. menyiapkan sesetengah hantaran
c. menyempurnakan isi goodie bags
d. melayan kerenah ocu memakai inai!! (ini yang paling terseksa..time tu banyak pula nyamuk datang..maka kena tolong dia yang dah penuh tangan dengan inai untuk menghalau nyamuk!!)
apa pun, saya sungguh gembira kerana kepulangan saya tidak sia sia..
dan saya berpeluang merakam detik akad ocu yang tidak akan dilupakan itu..
sungguh mantap sekali ayah cu mi..tok pula yang terketar ketar…
tahniah ocu…walaupun sedih (saya menangis hari itu) kerana makcik aka kakak ku ini sudah menjadi milik orang, tapi itu lah yang sebaiknya
(sebab kalo x, asek kena dengar dia dok jerit jerit bila boleh kawin ni??)

Photobucket
-20080816-
dan ini pula…merupakan detik pertunangan salah seorang kawan saya yang sangat rapat..
saya sungguh gembira untuk dia..
kerana akhirnya ada kawan baik saya yang bertunang…
dah besar rupanya kami kami ini untuk bertunang…dan melangkah step yang seterus terusnya…
kerana apa nya..kerana kami kenal sewaktu umur 13 tahun..
sungguh ribena sekali..
tiba tiba sudah ada yang bertunang!!?
wahh..
apa pun moga ikatan ini diberkati..di bawah pengawasan Allah sentiasa…
nasib baik tunang, kalau kahwin, saya akan menangis lagi sekali dalam ogos ini..hoh..

Photobucket
dan ini adalah kami bersama tunangnya, mohd erhan rahimi (btol x eja ni ijah?)
dia juga merupakan student medic di indonesia, tetapi berlainan tempat dengan ijah..
makanya walaupun pulau lain, masih boleh bertemu…itulah jodoh..
ikan di laut..pekasam di darat..di dalam balang bertemu jua…(ya rabbi..apesal pelik sangat bunyi peribahasa ini??)
dan kami..kami yang nakal ini…telah berusaha untuk menenggelamkan ijah kerana memakai baju yang lebih pengantin dari ijah yang bertunang…
minta maaf ye ijah…~ x elok menonjol sangat ni…

HAPPY FOR U~
BERAKHIR DUA MISI BALIK KE MALAYSIA ..
MISSION ACCOMPLISHED..

dan sekarang, list subjek untuk semester depan sudah keluar dalam website..~
maka saya perlu menyusun jadual sem…
uwa…ini  bermaksud cuti sudah ke penghujung..
kurang dua minggu!!
hoh…mood saya sudah hilang..terbang tinggi di awan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s