..ramadhan 27th..

salam wth..
salam 27 ramadhan..
nombor yang sangat cantik sekali..moga membawa seribu keberkatan..insya Allah…
marilah kita tidak berputus asa untuk terus mengejar kebahagiaan yang ditawarkan oleh Allah dalam hujung hujung ramadhan ini..
semoga kita masih diberi kesempatan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk bertemu ramadhan yang akan datang..
dan moga segala usaha kita sepanjang bulan mulia ini mendapat perhatian dan tempat yang istimewa di pandangan Allah..

Photobucket

"wahai Tuhanku,
aku pohon dariMu seluruh kebaikan, baik di masa sekarang mahupun di masa depan..
sama ada kebaikan yang aku tahu atau kebaikan yang aku tidak tahu..
aku berlindung padaMu dari segala kejahatan, baik di masa sekarang mahupun di masa depan,
sama ada kejahatan yang aku tahu atau kejahatan yang aku tidak tahu..
aku pohon kepadaMu nikmat syurga dan segala perkara yang boleh menyampaikan kepadanya sama ada berupa amalan atau perkataan..
aku berlindung padaMu dari neraka dan segala perkara yang boleh mendekatkan kepadanya sama ada berupa perkataan atau amalan..
aku pohon dariMu segala kebaikan yang telah dipohon oleh hambaMu dan rasulMu Nabi Muhammad saw…
aku berlindung padaMu dari segala kejahatan yang telah dipohon perlindungan darinya oleh hambaMu dan rasulMu Muhammad saw…
aku pohon kepadaMu iaitu segala keputusanMu terhadap diriku, aku harap Engkau jadikan akibatnya membawa kebaikan.."

pada malam semalam..
cikgu european union saya membelanja kami satu kelas dinner di restoran italy yang bernama rimidy (rimily?rimidi?something like that la..)
dan saya makan dengan control sekali (walaupun sangat lapar) kerana semua orang makan dengan bersopan..
sebab itu lah ada orang kata sangat tidak selesa jika perlu makan dengan orang yang tidak rapat kan..
kemudian kami berpindah ke coffee shop pascucci pula untuk membaham cheese cake..

Photobucket

dan saya sebenarnya sudah sangat lama tidak menyumbat kopi ke dalam rongga badan..
kerana saya hanya minum kopi ketika di dalam kelas..sewaktu kelas cikgu berkenaan menarik sekali sehingga mendorong saya untuk menghayati ilmu yang dikongsi sambil memejam mata..
dan oleh kerana sekarang ramadhan..maka amalan itu tidak boleh dilakukan..
dan kerana itu..
dan kerana sudah sangat lama tidak minum kopi..
maka secawan hazelnut cappucino bertukar menjadi seperti pil tahan sakit..
menyebabkan saya terawang awang..
dan on the way balik ke hanyang secara loneranger..di dalam bas..sudah seperti ingin termuntah di situ..
dan kesannya..
saya seperti zombie sepanjang malam semalam..tiada kekuatan untuk membuat apa sahaja…
i was not myself yesterday..
dan semalam adalah malam 27!!!!!
hish~
moral of the value:jangan makan dengan cikgu yang kaya..dia ingin membelanja semua makanan kaya kaya..makanan kaya kaya adalah lain nikmatnya berbanding mi hailam gerai sri ttdi jaya di depan apartment saya! >> heheh..padahal sebenarnya saya sangat suka makanan itali..nasib baik cikgu itu kaya~ terima kasih cikgu!!

2 thoughts on “..ramadhan 27th..

  1. hohoh..salah cikgu tu la plak sbb dia kaya ek..hihi..nnt bwk makan gerai itu!~kenangan malam 27~ aha..otromen bole masuk syurga jgk inshaAllah.bgitu juga pasangannya.amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s