merdeka seketul

Bulan Zulhijjah, khususnya
sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan
untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala
amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

info hari ini (cewah~):

Berada dalam ketakutan menyebabkan minda menjadi lemah dan otak akan
menghantar isyarat kepada kapilari peluh dikulit untuk mengeluarkan
haba,
juga kepada otot-otot untuk bersedia melindungi anggota badan
yang penting atau melarikan diri.
Ini menyebabkan aktiviti tertumpu
kepada bahagian kiri otak (logikal) dan memberi peluang kepada situasi
panik.

kesimpulan 1: jangan takut!
kesimpulan 2: sila bertenang dan memberi ruang kepada otak kanan mencari jalan untuk mengatasi masalah.

Photobucket

semalam…
saya balpyo kimal banking and investment..
cikgu juga sudah tutup permainan stok itu dan block pengaliran duit..
tidak perlu lagi buka papan saham itu setiap hari..
merdeka satu ketul subjek..*alhamdulillah~*
enam ketul are on their ways..
*tak sabar bila ini bermaksud merdeka dari degree..*

semalam juga…
kami ada usrah..dan tajuk nya berkisar mengenai muslimah dan ibu bapa..
a nice topic..
it relates with our current situation….
sebagai seorang anak…yang akan kembali ke malaysia dan semula akan hidup bersama keluarga..
lain sebenarnya tanggungjawab bila kita hidup jauh dan hidup dekat…
lain sebenarnya tanggungjawab bila kita masih seorang pelajar dan bila kita berjaya bekerjaya…
lain sebenarnya bila ibu bapa tidak meletakkan expectation tinggi dan bila ibu bapa menggantungkan harapan pada kita…
dan semua kelainan itu akan dirasai bila kami balik ke malaysia nanti..
bukan sekadar cukup sekiranya kita hanya mendoakan mereka…seperti yang dilakukan di sini..
dan tidak cukup jika hanya berjaya menghabiskan degree…seperti yang sedang dilakukan sekarang..
juga tidak cukup jika hanya menelefon bertanya khabar…itu hanya boleh dilakukan di sini..
perlu lebih dari itu…
semuga semua berjaya menjadikan ibu bapa sebagai yang terutama untuk kita fikirkan dalam memutuskan arah hidup..
masuk kerja nanti, semoga tidak lalai dan leka dengan kesibukan dunia baru…
………………
riwayat al-syaikhan:
seorang lelaki telah datang kepada rasulullah s.a.w. untuk berjihad.
baginda bertanya: "apakah kedua ibu bapa kamu masih hidup?"
jawabnya: "ya."
sabda baginda: "di sisi keduanya berjihadlah kamu."
………………
hatta *pinjam word jojo* berjihad pun disuruh pulang bila mana ibu bapa itu lebih memerlukan anak anak nya..
ini kan pula hal hal lain yang obviously kurang penting dari berjihad kan?
maka..perlu sangat sedar..
mereka sangat utama
kalau mak cakap jangan pergi korea pun, kena ikut lah kan?
*nasib baik mak tak larang..pheww~*
tapi bila mak dah bagi pergi tu…kena la:
1. belajar sungguh sungguh
2. tak malas
3. graduate on time
4. pentingkan harapan mereka

Photobucket

dan kami sangat sedar…*mode kunun kunun keibuan*
tak perlu anak yang hensem dan jelita…
tak perlu anak yang pandai brilliant…
tak perlu anak kaya maya…
yang akan menyejukkan hati adalah anak yang berakhlak tinggi dan pandai menjaga hati kita…
tambah tambah di waktu zaman generasi muda yang rosak serba serbi..dugaan serba serbi..mess serba serbi..
dan di waktu zaman ibu bapa pening dengan kerenah anak yang serba serbi…
wah wah..kahwin pun belum…kami sudah bincang harapan mengenai anak masing masing..
sebenarnya terkesan dari kesusahan ibu bapa kami yang pening kepala mengawal perangai diri sendiri~
pengakuan: saya nakal dulu..*nakal seems soft..degil dan kepala ferum suit better*
memberontak je tau..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s