refleks diri….

 

Salam wth
 
Jangan lah sia sia kan kehadiran syawal tanpa berpuasa enam di dalamnya.. Bukan mudah untuk kita mendapat pahala seperti puasa setahun kalau nak ikutkan kemampuan dirimaka mari lah bersama sama merebut hikmah puasa syawal..
 
Tapi
 
ada hadis Abu Said al-Khudri katanya: Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: Aku berpuasa. Rasulullah s.a.w pun bersabda: Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti jika mahu (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).
 
Betapa rasulullah s.a.w. menekankan hubungan sesama Islam..maka janganlah clashkan puasa itu dengan undangan orang untuk open house dan sebagainyakalau dah puasa, tetapi kawan tiba tiba mempelawa sekeping lempeng, macam mana pula ya?? Heheh
 
Ada cerita di sebalik kedatangan syawal yang meriah ini..sudah semestinya saya sangat gembira dapat beraya di malaysia setelah asyik beraya dengan orang korea je kanlima, enam negeri dah jadi tempat beraya..lepas ni tak tau nak tambah lagi negeri lain ke tak.. Tapi ada juga kisah sedih yang membuatkan saya sangat berfikir akan nasib diri..jumaat lepas, sewaktu saya masih di dalam cuti raya, suami mendapat berita kawan yang rapat dengannya telah meninggalkan dunia ini…kami dalam kereta sebenarnya time itu..nasib baik lah baru sudah parking..kalau tak mesti tak mampu nak controlsebabnya kami sangat terkedu..blur..blank..tak tau nak fikir apawalaupun arwah kawan suami, tapi terasa rapat dengan diri kerana arwah jenis yang mudah rapat dan mesra dengan orangmeninggal di dalam tidur, itu lagi memberi kesan kejutan kepada semua kerana tiada cerita tiada masalah..tiba tiba sahajaumur baru 26, tua dua tahun dari kami.baru tiga hari sebelum tu kami dengar suara dia dalam telefon..tiba tiba tuan punya suara dah tiada
 
Sangat merefleks diri..
 
Ramadhan ini memang ramai orang meninggal dunia..banyak juga tokoh2 negara..tak lupa juga mangsa kemalangan yang sampai nak ke 300 itu..*termasuk mangsa2 sebelum ops sikap juga*.tapi bila yang kena ni kawan sendiri, umur baya kita.saya sangat terfikirsaya juga boleh pergi bila bila masa.tak tahu amalan cukup atau tidaktak tahu akan pergi dengan senang atau tidaktak tahu orang yang ditinggalkan akan susah atau tidak
Pemikiran ini bagi saya berkira kira nasib, kalau mati setelah dah tua..nanti susahkan anak anak untuk jagamati muda susahkan orang nak jaga anak anakmati sebelum dapat anak? Paling ok ke?..tanya pada suami, sedih pulak dia dengar soalan tu
 
Apapun, semua itu urusan Allahmoga kita dapat perdi dengan keadaan yang tidak menyusahkan orang, semasa atau selepas kematian itudan moga bekalan yang dibawa dapat disediakan secukupnya..ada orang jenis last minute kan *saya la tu*tapi bila bab mati macam ni, especially sudden death.kita tak boleh la buat perangai last minute kan
 
Sila bersedia dari sekarang.
 
moga arwah hafizudin tenang di sana…moga bekalan yang dibawa mencukupi..moga amal soleh mengiringi…
*soalan pertama abah bila tau berita ini, "arwah dah kahwin ke?"..saya macam, "hoh?belum.nape?"…abah respon, "rugi rugi.."…
apekah~..tapi saya rasa kadang kadang itu lagi untung, pergi dengan aman, tanpa perlu risau tanggungjawab yang kita tinggalkan kalau pergi terkejut macam tu*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s