yasmin

salam wth…
 
Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah seorang mukmin ditimpa sebuah kesedihan, nestapa, bencana, derita, penyakit, bahkan duri yang mengenainya, kecuali Allah, dengannya, akan mengampuni kesalahan-kesalahannya.”
– Astaghfirullah.Astaghfirullah.Astaghfirullah.
kesulitan itu hadiah dari Allah, sebagai jambatan menghampiriNya.. 
 
kisah yasmin..
kawan baik saya..
kawan rapat saya..
kawan susah senang saya..
 
dia ditimpa ujian Allah… semoga dia juga merasakan kesulitan itu hadiah dari Allah…
Allah lebih menyayangi ayahandanya…
Allah lebih mengetahui, inilah yang terbaik untuk ayahnya yang tabah menahan segala penyakit yang menginap dalam diri..
 
dari dulu .. dari korea lagi.. saya mengikuti perkembangan penyakit Allahyarham En Mat Nazri…
yasmin akan sentiasa memaklumkan kepada saya setiap kali ayah nya diserang sesak nafas, pengsan, hatta hilang selera makan pun…
dan dia akan sentiasa update kan saya dengan segala rawatan yang ayahnya terima..
setiap kali terima sms dari yasmin, tanpa membaca nya lagi, saya memang akan berdoa dulu, semoga berita yang akan dibaca ini bukanlah yang terburuk..
tapi setiap kali baca sms yang menyentuh mengenai ayah nya, saya mesti akan bermuram…
kerana tahu penyakit ayah nya makin kronik…
dan saya tidak sangka ini kali terakhir saya dapat sms mengenai ayahnya..*yasmin sms mengenai pemergian ayahnya sebab saya tidur time dia called*
saya tidak rasa saya mampu menjadi setabah yasmin untuk menjaga ayah…
dia sangat tabah…
balik dari korea, terus bekerja untuk menyara keluarga…
walhal ketika itu saya bekerja kerana rasa perlu bekerja sementelah sudah dapat degree *rugi la kan ada degree tapi tak bekerja..sia sia duit JPA*
dan juga kerana perlu ada duit untuk kahwin.. *erk..*
tapi yasmin sudah berfikir untuk famili dan untuk rawatan ayahnya…
anak pertama yang menjadi tunggak keluarga, kini tiada ahli lelaki yang akan menjaga mereka..
menjadi harapan dua adik yang masih ada dan ibu yang sebelum ini menjadi surirumah menjaga ayahnya…
sepanjang saya mengenali dia enam tahun ini, sudah dua ahli keluarganya pergi dipanggil Ilahi..dan ini yang ketiga..
sangat berbekas di hati…
semoga  yasmin kuat..semoga yasmin kuat…semoga yasmin kuat…
*saya tak tahu nak kata apa lagi..sebab saya tahu dia pandai mengawal keadaan sebegini* 
 
*sedih memikirkan kita baru bergembira menyambut umur yang baru bertambah…ada kenalan rapat yang pergi sehari selepas*
 
alfatihah kepada arwah..semoga berbahagia di kalangan yang terbaik di sana..
1.10pm.2 nov 2009.muadzam pahang

One thought on “yasmin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s