16hb Disember

Salam wth..
 
 
 
Hari kedua terakhir di Samsung..
saya ada satu dua tugasan terakhir untuk diselesaikan..tapi tiba tiba tak ada mood pulak nak menghabiskan..
buat kerja memang perlu ada mood kan? kalau tak, rasa slow sangat pergerakan kerja tu..
 

Photobucket

mulai semalam, saya start menerima ayat ayat seperti:
"sedihnya bila tengok syifa sekarang ni~"
"ini last dengar suara syifa dalam telefon…"
"i’ll be missing you syifa"
"saya rasa nak nanges la..~"
"saya tak boleh bayang syifa takde dah minggu depan…"
"awak..jangan tinggalkan kitorang.."
 
ok..saya tak larat dah nak dengar ayat sebegini..bagi kita juga terasa berat hati..
terfikir, betul ke tindakan aku tinggalkan samsung ni..
atau kata yang lebih tepat, betul ke tindakan tinggalkan umi ira cit faizah ni..
semalam ada dua farewell party untuk saya..satu dari department, satu dari kawan kawan korea…
suasana sayu sudah terasa..
 
adoiii…
 
ok enough about leaving samsung..
semua mesti tau kan kisah pengantin tiga jam itu? berapa kali berita itu keluar dalam tv..
sewaktu dengar tu, saya sangat risau..sebab saya tau abang kawan baik saya di utara pun menikah hari yang sama..bila dengar nama, ok..lega!
sekali lagi dengar berita itu, saya dan incik nasrul hadi masing masing keluarkan komen " tak sanggup nya kalau kita yang ditentukan jadi begini..macam mana la pengantin perempuan tu rasa? "
dan setelah tiga hari berlalu, saya baca balik berita ini pagi tadi..saya baru perasan, rupanya pengantin perempuan itu kawan saya!!!
ya Allah, kasihannya~ tak tahu nak cakap apa.. innalillah, moga teh tabah dengan yang tersurat..
 
mak saya balik dari haji sabtu ini, insya Allah…. tak sabar nak makan kismis tin wazzaitun…heheh..boleh tak?
ok..tak sabar juga nak jumpa mak..
hari yang sama, ada kenduri nana dan firdaus di kajang…semua kawan kawan korea berazam untuk ke sana pada yang mampu…
tak sabar juga untuk berjumpa mereka..saya harap semua sampai dalam masa yang lebih kurang..jangan lah sampai pukul 4…dah nak tutup khemah dah…
 
 
 
 
 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s