coretan hari lahir

salam wth….

Photobucket

kepada kawan kawan saya yang menyambut hari lahir bulan dua ini,
saya mengucapkan dengan setulus hati *tengok gambar di atas*
HAPPY BIRTHDAY,
DEEPEST FROM MY HEART, I PRAY FOR YOUR HAPPINESS
BEST BLESSED, INSYA ALLAH
special to: aini, maisarah, maria, ijah, tanya, fitt dan yang merasakan diri anda lahir dalam februari ini..
banyak kawan februari ini sebenarnya, maka kena buat entry untuk wish mereka!
saya sangat berharap dapat membuat kejutan kepada aini, maisarah dan maria untuk birthday ke 25 mereka ini..
tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan mereka betapa tua nya mereka…saya baru tiga bulan lepas masuk 24…mereka tak sabar sabar jadi 25
tapi kerana assignment yang menimbun dan exam yang tiba tiba ada…saya tak sempat nk merancang…
mungkin ini adalah alasan..tetapi sememangnya ini yang terjadi!!
hehehe….
tapi saya tetap mendoakan anda sewaktu hari lahir anda…
semoga aini (13.2) gembira menyambutnya pertama kali dengan suami tercinta…
dia buat surprise apa?? *baca dengan nada joyah*
kepada maisarah (18.2), semoga hari lahir ini adalah yang terakhir di france…
sila beringat untuk balik malaysia tengah tahun ini….JPA dah panggil tu…
kepada mariatul (19.2), semoga anda makin gemuk selepas ini..
tukar aje kerja tu…baru gembira hidup..
kepada ijah (27.2), awal pulak wish awak..
tapi sama je..saya memang mampu wish je…
sebab saya tak percayakan sistem pos indonesia ni…
kad kahwin hitam putih yang saya kirimkan itu sampai sekarang awak tak dapat…
inikan pulak nak kirim baju kurung kedah hitam putih kan…*cewah..awak imagine je la saya bagi hadiah baju kedah*
selamat hari lahir juga..semoga ini hari lahir terakhir awak sebagai single…hehehe…
saya rindukan semua mereka ini…

Photobucket

kami ke kedah cuti chinese new year lepas..
untuk meraikan perkahwinan adli alimi dan hidayah..
apparently dua dua ini kawan saya dan incik nasrul hadi…
maka kami bersekongkol untuk ke sana jugak jugak walaupun perlu travel dari selatan ke utara ..
hoh..*tolonglah, lain kali siapa yang orang kedah tu..tolonglah kahwin di KL..jauh~*
dan inilah pasangan pengantin itu~~
comel sekali…
kami je yang ada time ni..maka sungguh suka hati mengacau mereka bersantap…

special credit to kak puziah *nada, betul ke eja ni?* kerana menyediakan accommodation yang terbaik!!
sungguh sedap dadih original kedah itu..saya merindukannya…!
sedap juga rojak mak bee…dan sememangnya terbukti sedap kerana wahyuni yang no interest dengan rojak itu terus decide untuk beli 10 bekas lepas makan satu suap…
walaupun kami merana kerana tidak dapat mengejar laksa *atau juga disebut laktha* kuala kedah *sebab dah habis dulu, ramai sangat beli*
tapi kami mengubat hati dengan mengambush radix fried chicken!!!

Photobucket

Photobucket

dan sesungguhnya trip kami ke kedah membuatkan kami asyik kekenyangan…
on the way balik kami sempat singgah rumah mariatul!!
melihat dia yang kurus kerana kerja kerasnya….kasihan..
dia sungguh jealous bila mendapat tahu aktiviti saya sekarang ini hanyalah tidur!!

kami juga ke sungai klah~~ hoyeah!!
sungguh best..tapi saya rasa nada dan wahyuni lagi rasa best…
mereka sewenang wenangnya main gelungsur air tu 14 kali..tanpa menghiraukan budak budak kecil di tepi tepi itu!
gambar sungai klah tak ada..kena tunggu nada bagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s