pesta buku..

Photobucket

Kita tak pernah tahu disebabkan apa kita masuk syurga…
mungkin kerana bersedekah pada faqir miskin…
mungkin juga kerana taat kepada ibu bapa…
mungkin juga kerana usaha membuang duri di tengah jalan…
mungkin juga kerana senyuman yang diberikan kepada si suami….
mungkin juga kerana memberi minum anjing yang kehausan..

kita tidak akan tahu…
maka.. selagi ada peluang..buatlah baik selagi mampu…
mungkin atas satu perkara kecil itu…Allah lihat sebagai besar dan menjadi penyebab utama kita ke syurga…
insya Allah….

weekend yang lalu, begitu padat sekali jadual kami…
dimulakan dengan aktiviti kelam kabut siapkan portfolio dan hantar pada prof pagi sabtu itu… kami pun cabut ke sg congkak untuk satu aktiviti special~
saya suka sekali…dah lama tak pergi tempat sungai sungai macam tu… malah boleh trekking sekali~
boleh jumpa kawan kawan dan adik adik sekali…merapatkan ukhuwah yang tidak lah renggang… tapi kesibukan dan jadual masing masing yang berlainan menjarangkan pertemuan…
bermalam di sg congkak tanpa selimut juga memberi satu pengalaman baru … dan pengalaman yang menyerikkan *heheh..lain kali kena beringat bawa selimut..haih* … sejuk macam apa…adoiii…
apapun a very nice program for them and for me…sekejap atau lama tempoh programnya tak penting…yang penting manfaat yang diperoleh dan diusahakan untuk kebaikan bersama..

kami juga berkejar ke pesta buku antarabangsa KL yang merupakan hari terakhir…kami sampai juga pada jam jam terakhir…pukul tujuh kan..
maka banyak lah booth yang menjerit jerit cakap diskaun 10% la…20%…30% la…
kami pun teruja la dengar jeritan jeritan itu..keluarkan duit laju je…sampai la satu buku yang menjadi idaman tu..bila keluarkan duit je…tinggal rm10 je…buku nya rm150… maka berundurlah kami dari pesta buku itu dengan gaya sesal sebab tak bawa duit banyak siap siap *atm cimb pwtc rosak pulak tu..haih*

ok..mari meneruskan aktiviti membelek nota di dalam study week ini…jangan tidur!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s