merdeka dan kisah untuk syifa

assalamualaikum wth…
ouch..tadi kami ke plaza angsana..sungguh sesak dan padat…
itu lah..banyak hari lain lagi boleh pergi, nak jugak jugak join the crowd hari cuti am begini…orang kejarkan diskaun merdeka ni..
31st august.
we were celebrating our merdeka day yesterday…
semoga cara sambutan yang diikut dan kami sertai ini mendapat keberkatan Allah..
masjid utm dengan bagusnya mengadakan majlis buka puasa beserta bacaan yasin dan diikuti dengan forum merdeka selepas tarawikh…
semoga usaha itu dapat membantu anak anak muda di utm (termasuk kami..masih muda ok) insaf dan terbuka minda untuk lebih menghargai malaysia sebagai tanah milik kita…
tema forum itu adalah palestin dan kemerdekaan kita..
ada dijemput wakil Aqsa sharif, ustaz hasanuddin yang menjadi anak kapal mavi marmara itu..dan juga dua ahli panel yang lain..(tak salin detail sebab tak bawa pen and notebook)..
isi kupasan masing masing sangat bagus..
yang menjadi tumpuan saya ialah maksud tersirat dari program forum ini yang membandingkan kita dengan palestin, sebuah negara yang sudah lama tidak mengenal erti kemerdekaan dan keamanan…
macam mana nak aman kalau asyik dengar bunyi tembakan??
macam mana nak dipanggil negara merdeka kalau jalan sana nampak askar zionis jalan sini nampak senapang zionis??
maka..
sila hargai keamanan negara, syifa…
dan sila merdekakan mentaliti, syifa..jangan biarkan mentaliti karut dan mengarut menguasai minda ye…kita bukan dari negara dunia ketiga..kita sudah pandai berfikir dan membezakan yang benar dan yang salah untuk segala isu…
dan satu perkara penting dalam isi forum, jangan kita salahkan yahudi untuk segala mala petaka yang dihadapi rakan palestin kita..(quoted from alqardhawi, 2010) 
tetapi sila marah zionis…sila aware dengan zionis kerana mereka yang sepatutnya mengadap segala kemarahan umat islam itu.. 
mereka penyebabnya..tidak kiralah zionis yahudi atau zionis kristian….asal namanya zionis, mereka itu mengarut lagi tidak berakal..
mari doakan kesejahteraan masjid ulung kita, alaqsa..rakan palestin kita dan tanah palestin itu sendiri..
mari sama sama gunakan akal untuk memerdekakan diri dan mentaliti..
bukan hanya tahu melaungkan dengan nada monotone "merdeka!malaysia merdeka..~"
Photobucket
saya juga punya kisah merdeka..
sesungguhnya bukan negara aje yang merdeka,..tetapi saya juga merdeka dari pantang bersalin..~!!!
oh yeah…sudah boleh minum air tebu dan makan segala tembikai dan pisang dan rambutan!!
dan kami mencelebrate kemerdekaan saya dengan pergi ke angsana dan membeli baju melayu nasrul hadi~ (saya doubted…siapa yang merdeka dan perlu diraikan sebenarnya??)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s