redha dengan taqdir itu wajib, bukan pilihan… insya Allah

Salam wth…

“Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

tidak berada dalam keadaan yang ceria sebenarnya..

tidak juga dalam keadaan sedih yang nyata..

semua nya berkisarkan kisah riwayat hidup adik hakimi yang dihentikan pada awal pagi isnin, 4 oktober lalu..

Allah yang lebih berhak atasnya, Allah yang layak mengambilnya..

Allah menguji iman hambaNya, Allah yang menjanjikan ganjaran untuk mereka yang menerima..

Saya pasti Along dan Abang Die redha dengan perginya hakimi.. saya pasti kami yang lain menerima takdir ini..

dan saya pasti sesiapa yang melihatnya pada hujung hujung hayat sebelum pemergiannya akan merasakan pergi itu yang terbaik untuknya..

melihatnya yang bersusah payah menerima rasa sakit itu..membuatkan kita rasa dicucuk cucuk hati kerana sayu yang amat…

dan belum pasti yang kita juga akan sekuat dirinya untuk menerima ujian Allah itu…

Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya..Ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t ke atas kedua ibu bapanya. Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka (Zaharuddin, 2007).

Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.

Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh melakukan dosa dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.

Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.

Menurut Imam Ahmad r.h, sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada aqiqahnya ( Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu ‘alam.

source: http://www.zaharuddin.net/

semoga Allahyarham hakimi gembira di sana, menunggu kami yang tidak tahu bila pula panggilanNya.. semoga dapat memberi syafaat pada ibu dan abah hakimi, yang nyata berpenat lelah menatang hakimi bagai minyak yang penuh..

moga kita sama sama bermuhasabah, dan sentiasa mengingati mati…

tidak rugi kita ingat mati, kerana dengan itu kita akan lebih menghayati dunia..tetapi sebagai seorang muslim yang sedar diri..

should you hop to this blog for a detail of his leaving:

http://nasrulhadijohari.blogspot.com/2010/10/allah-lebih-menyayangimu-kimi.html

Allah bless..insya Allah

gambar: hakimi yang kononnya berdiri ^^ (abahnya pegang dari belakang)

2 thoughts on “redha dengan taqdir itu wajib, bukan pilihan… insya Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s