van houten.twisties.air soya.mr potato.oreo.

utm dalam minggu exam.

maka saya pun ada exam.

ada satu paper je.

tapi subjek yang saya tak berapa nak minat.

struggle baca.tapi macam tak masuk.

memerlukan bantuan makanan untuk penyuntik semangat.

nak popcorn.

tapi encik nasrul hadi tak jumpa pop corn.

dia ganti dengan van houten satu bar besar-twisties ayam-air soya sekotak besar-mr potato dalam balang-oreo dua bungkus.

dia perli saya ke? *sebab ngada ngada nak popcorn tetengah malam*

hehe.kena semangat lebih sikit ni sebab ada makanan penambah tenaga.

……

minggu lepas kami balik shah alam.

on the way ke sana, singgah di surau petronas..menunaikan rukun islam kedua..*hehe..ayat tinggi sikit*

saya membuat satu pemerhatian menarik.

ada seorang ibu bersama anak perempuannya di dalam surau itu.

sang ibu tidak bertudung, rambut berwarna, pakaian tidak mendedahkan *selain tudung* tetapi ketat…

membawa bersama sepasang telekung sendiri untuk solat..serasa seperti dia orang yang mementingkan solat kerana ada persediaan kelengkapan solat..

tengah nak solat, anaknya yang lebih kurang umur tadika berlari ke arahnya, berbisik (kalau bisik, macam mana saya boleh dengar?) “ibu,nak ikut solat”

ibunya mengangguk.. si anak pun terus ikut ibunya solat, mengikut dengan pergerakan sempurna, walau tanpa telekung atau tudung..

hingga ibunya ingin baca doa, baru dia bangun dan kembali bermain main di tepi..

saya terkesan..

mungkin didikan agama daripada ibunya sempurna.. bukan semua anak baya itu mampu mengikut pergerakan solat dengan sempurna kan?

dan sebenarnya, saya juga biasa melihat ibu yang bertudung dan menjaga aurat tidak mendidik anak dengan baik..

bukan hendak mengata…tetapi..

jangan pandang rendah pada yang tidak bertudung, mari doakan semoga si ibu mendapat petunjuk istimewa untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna..amin..

2 thoughts on “van houten.twisties.air soya.mr potato.oreo.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s