honesty.. trustworthiness.. truthfulness.. reliability.. amanah~

we’ve been to kelantan last week..

to attend tasnim’s wedding with her sweetheart, iqbal.. hehe..

dalam perjalanan ke sana…nasrul hadi bawa kereta dengan agak laju, ye lah..nak cepat sampai..jauh juga rupanya terengganu-kelantan ni…

jarak dekat je, tapi sebab bukan highway..dengan traffic light nya, dengan pakcik depan bawa kereta slow nya, dengan lembu kambing melintas nya…

di belakang kami, sebuah myvi yang dipandu siti (adik ipar) mengikut rapat..*maksudnya kalau nasrul hadi laju, dia pun laju la..kalau slow, dia pun slow la*

tiba di sempadan terengganu-kelantan *betul betul bawah pintu gerbang terengganu yang tulis “selamat datang, selamat jalan tu* ada roadblock polis trafik…

tengah queue tu, memang kami dah cuak cuak .. sebab bawa over limit..ye lah, banyak jalan tadi limit 70km/j atau 90km/j..bawa 100km/j pun dah kira boleh kena saman la kan..kereta kereta depan semua lepas..tiba turn kami, dia suruh dua dua kereta ke tepi…

haih..kena la pula..

nasrul hadi pun keluar sengih sengih..*selalu duduk dalam kereta je kan .. pass ic..ni polis suruh keluar pulak*..pergi ke pajero polis bernombor plat WMN tu..

saya dari dalam kereta nampak mereka bincang bincang.. at last nasrul hadi melangkah masuk kereta dengan jalan penuh gaya, manakala tiga polis pula mempamerkan muka masam seperti limau nipis..

kereta kami dilepaskan, kereta siti pun dilepaskan..

nasrul hadi bercerita, sambil isi surat saman, polis tua itu bertanya, ni kereta siapa?

kereta emak..saya yang bawa

belakang tu konvoi ke?

aah..adik saya..

encik bawa lebih halaju ni..halaju 90km/j, encik bawa 106km/j..adik encik 107km/j… kalau saya saman, dua dua kena saman…

memang kena dua dua ke tuan?

dua dua kena..satu saman rm300, paling paling diskaun pun rm150 satu kereta.. so macam mana nak buat ni?

*garu kepala..nak saman saman je la..nak buat macam mana apanya* macam mana tuan?

nak buat macam mana ni? (ulang tiga empat kali soalan yang sama)

*akhirnya faham..suruh rasuah rupanya..fikir fikir balik..saman paling murah pun rm300 dua kereta, itupun kalau dapt diskaun..rasuah mesti kurang dari itu..tapi mana boleh rasuah!!* dengan yakin dan tegas berkata, saman je la tuan!

polis tua itu pun tengok sekali ke muka yakin nasrul hadi, ambil masa berfikir kejap, dan berkata “ok lah..kalau saman pun, nama ibu awak..saya lepaskan je la”

*dengan blur* nasrul hadi berjalan balik masuk kereta…

apa lah polis ni..kerja itu amanah..memang itu pun skop kerjanya…dibayar gaji untuk pastikan pengguna jalan raya mematuhi arahan..bukannya ambil kesempatan pada yang tak mengikut rule..

saya panas sangat bila dengar cerita..rugi tak ambil nama tiga orang tu..boleh saya report pada ayah kawan saya yang jadi timbalan ketua trafik negara…hish~~!!

budaya rasuah tak kan berleluasa di negara kita ni kalau tiada yang memberi dan menerima..kalau ada pun yang ingin menerima, tak kan jadi proses tu kalau tiada yang memberi.. seperti polis ni, kalau tiada seorang pun civilian yang rajin menghulur, dia pun tak kan dapat apa apa juga di akhir projek roadblock nya… begitu juga kalau betul polis membuat roadblock dengan hati yang ikhlas, jumpa pula civilian yang ingin menyua dengan harapan tak kan dapat surat saman, tak kan jadi proses rasuah itu…malah mungkin nama dia dinaikkan ke mahkamah sebab berani rasuah polis..hehe…

namun sebagai polis…rule enforcer… yang dikenali sebagai penjaga keamanan..tolong lah tunjukkan contoh terbaik..orang awam akan fikir, polis yang jaga rule pun boleh buat, ini kan pula kita yang penoreh getah/peniaga gerai/pembantu tadbir awam/eksekutif akaun/pelajar master utm/RA utm/dan contoh kerja lain….

macam kita kat sekolah dulu, mesti selalu fikir seperti ini kan.. kalau prefect pun boleh langgar rule, aku pun boleh..!

3 thoughts on “honesty.. trustworthiness.. truthfulness.. reliability.. amanah~

  1. Salam syifak,

    ish, klu sy kena blur gak dibuatnya… tp bagusla nasrul bertegas. spjg 3 thn drive ni, belum pernah lg kena saman. Tp sepanjang setahun belajar kat UTM, dah 2 kali kena saman parking kat dlm UTM, hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s