sepatutnya……

tajuk tazkirah hari ini adalah SEPATUTNYA… hehe..

apa yang boleh dibincangkan dengan ‘sepatutnya’?

bro nas ada mendengar tazkirah ustaz di ikim, dan kemudian dia pulak memberi tazkirah pada saya dan wafiy *wafiy buat buat faham je*..

katanya, persoalan ‘SEPATUTNYA’ ini tidak perlu timbul di dalam kepala kita sebagai seorang isteri, suami, ayah, ibu, pelajar, atau apa sahaja peranan kita di muka bumi yang indah ini…

contoh, kita mungkin biasa mendengar cerita kawan kawan mengenai suami mereka yang mithali, ataupun menonton drama tv yang menampilkan suami yang seperti Mr Right Guy…dan terus, kita mengharapkan suami kita juga menjadi seperti itu.

dalam kepala, akan terlintas, “sepatutnya suami aku jadi seperti ini..seperti itu..macam suami si _____ itu lah..dia boleh je tolong mandikan anak, tolong masak bila aku penat..bla bla..”

atau mungkin, si suami pula berfikir, “sepatutnya isteri aku yang masak ni, kenapa aku pulak? dah penat penat kerja ni..dah la tadi kena mandikan baby, sepatutnya dia yang mandikan..kan itu kerja isteri”

kata ustaz dalam radio ikim itu, kalau kita asyik berfikir sepatutnya itu, sepatutnya ini, memang tak jadi kerjalah… kalau Allah nak fikir sepatutnya, dah lama kita ni kena hukum macam macam sebab tak buat apa yang disuruh. contoh senang, kalau Allah fikir, ‘manusia ni hamba Aku, sepatutnya manusia ni ikut perintah aku, sebab tak ikut, dendalah bagi kurang oksigen untuk bernafas..’

haa..kan dah tercungap cungap nanti kita…tu oksigen, kalau Allah tarik nikmat hidung sebab tak solat? banyak la orang yang pesek je tengah muka dia sebab tak solat solat..

kata ustaz nasrul hadi pulak *haha*, kita kena berfikir secara praktikal sebenarnya…selagi boleh berperanan, ambil peranan, hulurkan bantuan…ikut masa dan keadaan..semua orang inginkan suami mithali atau isteri mithali *ambil contoh suami isteri lagi*..tapi bukan bermaksud kita tak boleh menyumbang berkongsi peranan kan? walaupun mungkin tanggungjawab mendidik anak itu peranan isteri lebih utama, tapi wajarkah suami membiarkan isteri berperanan seorang diri jika berdua itu lebih baik? *uhh..macam ayat buku…ayat bro nas tak sedap sangat pun, saya tolong susun bagi sedap bunyi..hehe*

kata ustaz hasrizal (saifulislam.com), hidup untuk memberi~ jangan fikirkan apa yang kita akan terima tapi selalu fikirkan apa yang kita boleh beri..betul?

kata syifa, kalau ikut logic rule for everything, isteri kena buat apa, suami kena buat apa, ayah kena buat apa, ibu kena buat apa, anak kena buat apa, cikgu kena buat apa, murid kena buat apa…mungkin semua orang pun akan berbalah dan tak jadi kerja..kerana…MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA~ maka terima lah seadanya dan jangan membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain..

ok..kenapa kena ada gambar krabi ini? – sebab topik ini selalu menjadi tajuk perbincangan dan tajuk tazkirah kami sewaktu awal kahwin..dan awal kahwin dulu kami pergi ke krabi..maka bila topik ini naik lagi, maka kena la ingat krabi lagi =)..keke..

sewaktu bro nas tengah kurus…keke

2 thoughts on “sepatutnya……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s