wafiy berbaju purple di hari raya

 

wafiy dah pandai macam macam hari raya ni..

tak tahu lah kami yang baru perasan atau memang sempena raya dia tunjuk skill yang pelbagai tu..

tapi suka sangat tengok perkembangan dia. dulu dulu setiap yang dia baru developed saya akan gigih tulis dalam file powerpoint yang bertajuk ‘Our little hero, Wafiy’.. sekarang ini, tak larat dah nak tulis. cepat sangat development dia.

baru baru ni dia pandai lambai. asal orang sebut bye je, dia terus goyang tangan sambil sengih sengih.

dia dah lama pandai tepuk tangan. tapi sekarang, bila dia enjoy dengar lagu ummi atau walid nyanyi, dia tepuk tangan sambil sengih. kalau kita stop nyanyi, dia tepuk tangan sambil tengok kita, maksudnya suruh sambung nyanyi la tu. tak reti cakap kan. kena la buat bahasa isyarat je. hehe..

tadi dia pandai goyang goyang badan menari. dia dengar lagu negaraku, enjoy gamaknya, terus goyang goyang punggung. apa la wafiy. negaraku tu kita kena berdiri tegak.

dah lah tadi dia beriya-iya kutip pampers2 yang dia nampak kemudian masuk dalam dustbin. tak tahan betul dengan hakikat dia kutip pampers tu di tempat yang berlainan. maksudnya gigih tu~lepas ni kena check dustbin selalu. tau pulak dia benda tu kena buang eh..haha

apa lagi eh..

dia senang terima arahan dah kan sekarang.. bila sebut je walid sambil tunjuk luar, dia faham ummi suruh check walid dah balik ke belum. dia pun beriya la pergi sliding door dan selak langsir. kalau dia datang balik pada kita sambil buat muka blur + sedih, tu maksudnya tak balik lagi. kalau dia sengih sengih, tu maksudnya dah balik~

comey wafiy. esok apa progress pulak..let’s wait!

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s