struggling looking for a mood of ‘rajin’ di bulan november

rumah kami baru berstreamyx. maka baru terasa nak tulis blog. sebelum ni rumah ni berinternet, tapi bukan streamyx rasanya, slow bukan main.

tapi nak tulis apa eh. first, nak share perbincangan saya dengan bro nas semalam, tentang ibadat qurban. sebabnya, kami baca status ustaz azhar idrus, cakap tentang salah amalan bagi kulit pada tukang sembelih. so macam confuse. cari cari info, dapat yang ini:

Bagi mereka yanmg melakukan korban juga diminta memberi sedekah kulit binatang korbannya atau pun dia sendiri yang menggunanya. Dia dilarang menjualnya atau pun memberinya kepada penyembelih sebagai upah bukannya sedekah. Ini adalah kerana perkara itu boleh menyebabkan berlakunya kekurangan daripada binatang korban dengan merosakkannya pada perkara yang dilarang. Apa yang diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi daripada nabi S.AW telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang menjual kulit sembelihan maka tidak dikira korban baginya.

harapnya maklumat ini berguna pada masa hadapan =). selain itu, saja nak kongsi gambar gambar sebenarnya. bukan gambar raya. gambar raya ada pada laptop bro nas. maka gambar birthday celebration je ada. tak pe eh? haha. siapa je pun nak tengok ni…*cakap sorang sorang*

(biasa la, bila gambar pun bro nas yang ambil, senget cenggini la..wafiy je penuh)

on the day, sadly, bro nas pack la pulak kelas dia. dari pagi sampai malam. kalau hari selasa lain pun, selalunya sampai maghrib je. tiba tiba 0111 la pulak dia buat test sampai pukul 10 malam kat students dia. ish ish..tapi sebab dia determined nak sambut jugak birthday kita yang tak de la seberapa ini, berusaha cari kedai yang bukak lepas pukul 10 (pekan of course la tiada kan, so ke kuantan la kami)…

cari punya cari, terjumpa kedai sushi..saya dah excited..wah..boleh request.. tiba tiba dia tak setuju. huh?? kenapa??

dia kata tak best. tak de orang melayu kat dalam tu.

ok kan je la.. hehe.. last last dalam berusaha cari the best tu, jumpa banyak jugak la kedai, tapi akhirnya ke KFC jugak. haha. kenapa eh? tak dapat dipastikan. mungkin sebab dah malas mencari. so ini la gambarnya, menyambut hari lahir tanpa kek~

rupa rupanya, bro nas saja tak nak bagi sebab dah plan untuk makan di restoran korea pada lusa harinya…~ hamoih hamoih… pandai pulak planning ye.

siap dengan kek yang saya memang teringin segala…

oh my… saya sangat rindu dengan makanan korea (walaupun selalu buat sendiri tapi tak sama ok)… dan sementelah saya diberi penghormatan memilih menu, saya pun excitedly pilih sundubu chigae dan bulgogi~

marvellous marvellous… (gambar di atas) .. mereka yang first time makan pun boleh habiskan dengan laju. pendek kata, macam makan makanan melayu dengan tangan lah…(sebenarnya berusaha guna chopstick tu~)

so pada sesiapa di kuantan, pekan yang teringin makanan korea, sila ke jalan beserah dan pergi ke JJ Kimbab…harga boleh tahan..cuma mungkin la tak betul betul original rasa dia kan… ada juga la yang kurang…seperti, sundubu chigae patut letak telur fresh, chef nya letak telur rebus pula. tapi saya layankan aje. kempunan kan~

dan disebabkan raya qurban ni dapat banyak daging, maka bro nas request pulak bulgogi homemade…hamoih, mentang mentang dia dah tahu bulgogi tu sedap…semedang la requestnya nanti..hehe..

mari saya kongsi resepi bulgogi dari internet… saya buat di rumah mentua, adik beradik ipar dan umi laju je makan..so proven sedap (kot?). sangat senang. mari buat ramai ramai.

BULGOGI BEEF

Ingredients

  • 1-1.5 lbs. of thinly sliced rib-eye steak purchased from a Korean market. Or you can slice your own rib-eye or sirloin steak across the grain in paper thin slices. Partially freezing the beef helps with cutting clean slices.
  • 1/3 cup of soy sauce or for a Gluten-Free variation, use San-J Organic Tamari Wheat Free Soy Sauce found in the health food section of your local grocery store.
  • 3 Tbl white sugar
  • 1 Tbl sesame oil
  • 3 cloves of garlic, minced
  • 1/4 of a medium yellow onion, halved and sliced into medium moon shaped slivers
  • 2 green onions including the white parts, finely sliced into small pieces
  • 2 Tbl toasted sesame seeds
  • 1/4 tsp of red pepper flakes
  • 2 pinches of black pepper
  • optional 1/4 tsp. of ginger, finely minced
Instructions
  1. Whisk all the ingredients together in a medium bowl except beef and onions. When most of the sugar has dissolved, add beef and onion slices to the bowl and massage the marinade with your hands into each slice of beef. Cover and refrigerate for 1 hour. To pan fry, place a few slices of beef in single layers and completely flat on a hot oiled frying pan and fry each side until cooked. Some people prefer to cook the bulgogi until some of the edges have turned dark brown and crispy. Serve with a bowl of hot rice. Enjoy!
ini lah budak yang beriyer beraya di rumah wan nya..~
apapun, many thanks to bro nas dan juga adik ainul kerana berpakat pakat menyambut, juga struggle cari restoran korea di kuantan eh. ada masa, kita pergi lagi.
i lobe u somi..~ *lain kali tak birthday pun kita pergi ok*
current condition: saya baru dapat surat offer sambung belajar. currently, tengah menyemai mood rajin untuk menjadi student yang cemerlang.. susah juga kerja semaian ini~ doakan saya berjaya rakan rakan..=)

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “struggling looking for a mood of ‘rajin’ di bulan november

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s