upsr syaida

entry ini mahu dipos semalam..tapi tengah nak pos, wafiy menangis nangis pulak. tergendala kerja. apapun, mari bertazkirah dulu.

beruntung kan kita..kalau sakit pun, Allah consider untuk bagi pahala…kalau kita kerja kat dunia ni, bila sakit, tolak gaji je kot~ hehe…

maka maintain lah dalam membuat amalan baik, senang nanti malaikat nak bagi pahala pada kita bila sakit =)

oh.sebenarnya sambil menghadap pc ni, saya mendengar kuliah ustaz azhar kat youtube (youtube is really helpful when we use it wisely).. saya teringat satu cerita bila dengar kupasan ustaz tentang ayat 1000 dinar ni.. ada orang tanya ustaz betul ke bila amalkan bacaan ayat 1000 dinar ni, kita dimurahkan rezeki. ustaz jawab bukan semata amalan, tapi amalkan maksudnya juga..(boleh tengok video ni)

saya teringat kisah kawan baik saya seorang ni, dia ni tunggak keluarga. dalam famili, dia seorang yang menanggung keluarga (ayah dah meninggal dunia dua tahun lepas). sebelum ni dia kerja di syarikat rokok (i think british tobacco kot nama dia..pengeluar rokok kent).. ada sehari tu, dia sms saya bertanya, “syifa, rezeki kerja kat kilang rokok ni haram ke?sebab keluar fatwa kata rokok tu haram kan.”

saya pun tak pasti saat itu. saya minta bro nas tanyakan pada ustaznya. ustaz bersetuju dengan penyataan itu. cuma bila kami terangkan keadaan kawan ni, ada la pendapat mengatakan biarlah hingga dapat kerja lain baru berhenti kan.. tapi bila disampaikan pada kawan ni, dia membalas “saya tak sanggup nak biar mak dan adik adik saya makan rezeki haram”. terus dia berhenti. yang tak tahan tu, siap sound sound orang melayu islam kat office dia, cakap rezeki semua tu haram.haha~

tapi itulah…kerana takutkan kemurkaan Allah, kerana ikhlaskan niat mencari rezeki..Allah sangat memudahkan kerjanya. sekarang ni, dia la antara orang penting syarikat sekarang tempat dia berkerja. siap boleh pakai honda city lagi sekarang..(kira sangat ok la kan untuk seorang baya kami yang muda ini yang kena menampung satu keluarga berseorangan)…moga ALlah terus memudahkan awak, sahabat~

ok sekarang mari bercerita kisah yang saya nak kongsi semalam. kelmarin result PSRA (penilaian sekolah rendah agama kalau tak silap) syaida keluar. semalam pulak result UPSR keluar. alhamdulillah budak kecik tu dapat 5A dan mumtaz. Allah blessed u syaida. alhamdulillah. syaida tu memang pandai dan rajin pun belajar kat rumah (selain rajin ikut k-pop stuff).. pandai banyak dari saya ni..haha.

call dia, ucap tahniah. dia kata dia menangis waktu dapat result. hehe. emosi la pulak adik aku ni (dia jenis yang tak beremosi). katanya, sekolah target dia samtaj. mak nak dia masuk sambest. apapun, dua dua tu dekat je dengan rumah. tak gaduh mana pun kalau nak suruh mak datang hantar pemadam pun. haha

(syaida muka yang paling ke depan tu.haha. muka pandai tak?)

sepupu bro nas di kampung pun dapat 5a. tahniah abang long. bro nas, sambil tengok bola semalam, duk cakap kagum pada abang long. kejap kejap cakap lagi. mata je tengok bola, kepala duk fikir macam mana abang long terer sangat. ye lah. saya pun faham. based on his life style and family condition, memang sangat mengagumkan bila dapat score 5A di kampung tu (walaupun terengganu memang dinobatkan sebagai negeri terbaik upsr). kami harap abang long terus berjaya, menjadi insan berguna nanti =)

tengok budak kecik nih. ummi walid dia sibuk kat depan, dia sibuk kat belakang. yang tak tahan tu siap boleh mencangkung atas meja, korek maruku dalam balang. wafiy nihhhh~ naik tu bukan senang pun, berhempas pulas jugak la sebab kerusi tu tinggi..tapi rela..asalkan dapat duduk atas meja..hadoi!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s