memorable moments at holy lands (seronok + sayu)

alhamdulillah. we touched down safe and sound at KLIA at wednesday noon last week.

Madinah and Makkah are so great and awesome.

splendid experience we have back there.

and we really aim we can be among the frequent visitors there.. amin..

may be for the next time, we can bring wafiy sidq together..

poor him to be left out from a great vacation..

this was our first time, indeed, it was very memorable..

we have one tip to be shared with others who are planning to go there, regardless it’s your first time or whatsoever time..

read the story, sirah and chronology about both holy masjids there..

you will surprise with the penghayatan you will get after knowing all the stories..

you will start staring at the buildings, memorizing back all the events happened inside, in front, beside, behind it..

you will start staring at the tombs, at the walls, at the roofs, at the street, at the hills…

and you will stare with those happy, sorrow, and indescribable feelings..

you will just think like.. what if i was there with rasulullah, with the sahabiah, with those tabiin… how lucky was I to be there..

oh..the feeling is so great =)

we bought these two books about masjid nabawi and masjidil haram there.. so i can say that it was a bit late to khatam the book there…i mean i got that penghayatan late~ i should read it one day or two days before leaving malaysia..

it is done anyway.. we are here, and we will be there again when Allah grant us to be there.. insya Allah..

I want to share some pictures and some stories with you..

ni tengah tak ramai orang i can say..

hari pertama,kedua,ketiga kami di sana je yang kurang orang..

start hari keempat, ramaiiiii sangat.. berebut nak tawaf.. uuchh..

memang sakit sakit la badan kalau lepas tawaf tu, kena tolak kena senggong kena himpit.. haha

see the multazam? tempat antara pintu kaabah dan bucu hajarul aswad.. tempat mustajab doa..

kiranya kosong lagi tu.. i managed to get there during my second day there (hari tak berapa ramai orang)..

hajarul aswad memang tak dapat pergi, tak dapat tengok pun..tak kisah la pergi bila bila masa pun..ouch,

di multazam dan pintu kaabah, boleh berlama lama juga di sana,  sebab time tu agak kosong.. kami (read: bro nas & i) pun tak de la bermatlamat untuk memegang pintu kaabah time tu, cuma tengah tengah tawaf tu tengok tengok kosong pintu tu! eh?? kosong??? biar benar???? selama lama ni yang penuh sampai bersangkut sangkut tu pergi mana?

excited with the opportunity, i dragged bro nas to go there.. started with multazam, pintu kaabah, sepanjang dinding di side itu kami sentuh sambil bertawaf sambil berdoa… perasaan tak usah cakap lah..it was my first time touching kaabah, and yet, i started with multazam~! alhamdulillah.. it is a miracle since we could do that without pushing, pulling and struggling..nobody blocked us.. a blessing feeling!

then, bau atar pada tangan, tak usah cakap la..melekat! kaabah memang wangi~

tamak dengan perasaan bahagia itu, saya ajak bro nas ke hijr ismail pula.. mana tau Allah izinkan pula kami masuk tanpa merempuh (merempuh tuuu~) tapi bila pergi, memang penuh..memang sangat penuhh.. bro nas kata, “tak pe la, lama lagi kita kat sini.. ada banyak peluang lagi”.. so that’s it.. kami sambung menghabiskan tawaf dengan bahagia.. (cumanya, memang sampai sudah saya tak berpeluang ke hijr ismail..hanya bro nas mampu -_- sob sob..dia pergi tanpa saya~)

cerita about tangan yang bersangkut…

don’t get what i mean? kejap tunjuk gambar lain..

nampak tak tangan bersangkut sangkut kat pintu kaabah tu?

mereka memang suka bersangkut di situ, dan menangis meratap dan berdoa…

pendek kata suasana di depan pintu kaabah biasanya agak bingit dan sesak.. most of the times..

dan saya agak pelik sebenarnya kenapa mereka suka bergantung dan peluk peluk kaabah di situ.. pada mulanya saya fikir mereka sangat obses dengan pintu kaabah..sementelah dikatakan antara tempat paling mustajab doa..

dan setelah saya membaca buku tentang masjidil haram, saya mendapat pencerahan..

rupanya diriwayatkan rasulullah suka melekatkan permukaan tapak tangan, dada dan pipi di multazam sambil berdoa (ini dipanggil beriltizam).. rasulullah saw dikatakan melakukan perbuatan ini selepas tawaf selesai 7 pusingan.. dan disebut multazam kerana itulah..

saya tak pernah dengar cerita ini, maka saya pun terlopong juga time baca buku tu.. riwayatnya oleh siapa ada dinyatakan *tapi tak hafal la pulak* maka terus saya teringat orang orang yang suka memeluk multazam tu..

patut la ramai sangat melekat di sana.. agak saya, mereka meniru perbuatan rasulullah..cumanya….

rasulullah saw tak ada la suruh bergantung gantung dan meratap.. mungkin mereka rasa susah payah berebut mahu menyentuh kaabah dan multazam, maka sekali dapat, might as well terus berlama dan bergantung gantung kan?

*dan saya menyesal kerana baca buku tu lambat..selepas tau kisah nabi buat macam tu, saya tak berkesempatan lagi dah untuk menyentuh multazam dek kerana ramai sangat orang. cuma saya berharap moga doa saya sewaktu menyentuh multazam dikabulkan*

nampak polis yang berdiri tinggi di tepi bucu tu?dia tengah menjaga hajarul aswad…

memang tak dapat dilihat dari jauh batu syurga yang dibawa turun oleh jibril itu, kecuali kalau kita memang in purpose nak berhimpit untuk mendekat dan berebut.. time tu la biasanya memang berlanggar langgar lelaki dan perempuan..

sebabnya, kalau kita lalu depan bucu tu untuk tawaf aje pun (meaning jauh dari bucu batu) kita memang akan bersesak.. kawasan top untuk jam…hehe..

untuk angkat tangan melambai kaabah juga sudah agak susah.. tak boleh berhenti sambil lambai..karang kena langgar je.. kena lambai sambil berjalan..

so mengikut kata bro nas, dari kita mencipta dosa berebut berlanggar semata untuk mendapat perkara sunat, better avoid kan? maka sampai sudah saya tak pernah tengok dan sentuh batu syurga itu.. *dikatakan time umrah lain memang senang nak tengok, time kami ni kebetulan peak season, orang ramai macam nak awal haji dah*

Ibnu Abbas meriwayatkan: Rasulullah bersabda “Antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah disebut multazam, barang siapa beriltizam di antara keduanya dan memohon kepada Allah sesuatu nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya”

Ibnu Abbas meriwayatkan: Rasulullah bersabda tentang hajarul aswad “Demi Allah, niscaya Allah akan membangkitkannya pada hari Kiamat, dengan memiliki dua bola mata melihat dengannya, serta lisan yang berkata dengannya, dia akan bersaksi atas siapa yang mengusapnya dengan benar” (HR Tirmidzi)

inilah coretan pertama saya mengenai kembara tanah suci kami..

moga ketemu lagi di lain waktu untuk kisah maqam ibrahim, hijr ismail dan lain lain pula (haha.kenapa dah macam pengacara rancangan tv ni?)

rezeki itu milik Allah

bismillah

lama saya mendengar lagu zikir ini dikumandangkan dalam radio ikim, hari ini nampak kawan post liriknya dalam fb, baru terfikir nak cari videonya. here it is..tadaaa~

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu”. ”Ya Allah jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

i like the zikir very much, as I like dhuha very much =) antara masa terbaik yang Allah berikan untuk kita berdoa.. banyak tokoh tokoh islam, yang bila ditanya apa rahsia kejayaan atau rahsia kekuatan atau rahsia kesabaran mereka, maka jawapannya dhuha yang tidak pernah tinggal.

saya berazam untuk selagi boleh melaksanakannya..sebab kalau cakap azam untuk tidak pernah tinggal, sebelum ni dah pernah tinggal pula.

mari kawan kawan, sama sama kita menjadikan dhuha solat wajib kita setiap hari =)

____________________________________________________________

lama tak pos gambar wafiy di sini.

ada siapa nak tengok tak? hehe. gambar wafiy je la favorite saya untuk dipos..

ini wafiy di pantai balok~ beriyer dia pakai baju cantik sebab nak balik dah, sekali dia pergi riang bermain pantai balik.. pasirnya pulak bukan yang kering, yang basah yang macam lumpur tu..tapi saya memang suka biar dia main apa sahaja yang dia nak main, maka bersabar je lah membasuh baju dan seluar itu..

currently i am a lecturer at icam, here in pekan.. so basically my phd status is waiting for the scholarship. we are waiting for a respond from ump, so up to then, i will be working =)

kerja ini best, icam ini best, environment ini best.. cuma, saya lagi suka belajar .. ohhh~

oh. i remember one moment in the scholarship interview, one panel asked me about why you want to be an academician? and i stated, i used to work once. comparing my working life and student life, i realized i love my student life more. this is because i like to learn. and i know academician’s work culture is to teach and to learn, mengajar dan belajar. the panel simply responded, “if you really like to study, just be a student then. no need to work.” pulak dah~ but it is ok, i would like it very much if i just have to learn =)

please pray for my scholarship yeah =)

last week my mother in law had her 56th birthday, which means it was the day for her to retire. oh, the event her school arranged was lovely. she was so touched, but not crying. umi memang jenis susah menangis. so no wonder.

kisah mayat membaca surah yasin

baru baru ini sudah menjadi favorite saya membaca blog ini (www.tulahan.blogspot.com) dan mengorek-ngorek semua cerita pengajaran yang berkaitan dengan jenazah dan perkuburan..bukanlah setiap masa saya suka cerita berversi ini (tak suka baca mastika ok), tapi saya suka pula dengan cerita yang dikongsi tulahan ini..menusuk nusuk…..maka saya pun nak kongsi dengan blog reader di sini..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sudah menjadi kebiasaan setiap malam Jumaat , akan diadakan bacaan surah Yasin di surau dan masjid di Malaysia. Ramai yang membaca tetapi tidak mengetahu kelebihan membaca Yasin. Penulis paparkan satu kisah bukan berkenaan orang membaca surah Yasin tetapi mayat yang membacanya.Ambillah pengajaran daripada kisah ini.
Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. Ceritanya begini..
Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.
Makam tersebut terletak di Ma’la iaitu tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.
Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.
Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin.
Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam.
Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.
Sebagai sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.Aziziusus

a very interesting and important topic.. yet is forgotten and neglected

Kubur para sahabat yang dimuliakan Allah Swt biasa aje.. Kita yang tak tahu entah dimana ni lebih-lebih pulak. Bagaimana mutakhir kini, bermacam-macam jenis kubur dikalangan masyarakat melayu kita sendiri.

Semoga ia menjadi muhasabah kepada kita semua. Bahawa kita semua akan fana’ dan binaasa dan akan kembali kepada tanah sebagaimana kita diciptakan. Bahkan semua kita akan dipersoalkan Allah dihari kelak.

check the link out..

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/11/gambar-kubur-4-darjat-antara-halal.html

panjangkan lah tahajud..

salam wth
seorang ulama tabiin di basrah, bapa kepada thabit al bunani, bermimpi melihat seorang wanita yang sangat cantik..
dia bertanya, siapakah engkau?
jawab wanita itu, aku bidadari, hamba Allah
ulama itu berkata, menikahlah denganku
jawab wanita itu, pinangkanlah aku daripada Tuhanku, dan bayarlah mas kahwinnya
ulama itu bertanya lagi, apakah mas kahwinnya?
bidadari itu menjawab, panjangkan bertahajud…
oh my oh my…
a very nice reward for tahajud maniac..
let us be tahajud maniac too..~
**psst…for muslimat, dapat bidadari juga??
again, let us share the images of bidadara dunia ini…hehe..
wafiy with his pink cap!

wafiy mendengar nasyid

Yesterday we managed to spend time going to a nasyeed concert at utm..

they named it Malam Kesenian Islam…

i was very excited to go..

to make wafiy excited too…i groomed wafiy, made him wearing a nice outfit with a cap (konon la nak bergambar dengan artis kan)…not forgotten a sweater for him to wear in the aircond hall…and i kept telling him we are going to a concert.. hehe..

unfortunately wafiy slept after listening to the first song… (dia tunggu lama sangat before konsert start)..

the artists were far-east, devotees and ustaz azhan atan…

stunning..i like~

devotees was very good when singing together, especially without minus one..(time ni my nasrul hadi tidur pulak..ada ke patut~)

far-east was too great when singing those tarannum nasyeeds…

ustaz azhan atan with his powerful voice (except for the fact kadang kadang suara jadi serak sebab tengah demam) could get spectators’ attention..

one thing i can say is…(since we was watching from the back, dari kerusi tingkat tu) i could see people in the hall was stunned..no movement at all… many times..i say you..

jarang kita nak tengok penonton terpaku tak bergerak langsung kalau tengok konsert lagha lagha yang lain kan..

masya Allah..penghayatan superb tu..

itu lah kita kalau menghayati persembahan yang mengingatkan kita pada Allah kan…nice nice…

here is one of the great songs yesterday..

KERIKIL JALANAN – PALESTIN (click here to see the video i’d done..^^)

Azhan Atan

Di bumimu bagaikan tak lagi bernadi
Hanya jasad dengan nafas terhenti
Balik runtuhan kotamu
Namun tak kau sesal hidup di neraka dunia
Kerna yakinmu pada syurga Ilahi

Suara rintihan terdengar kepiluan
Bergetar di sela tangisan kehilangan
Meratapi insan yang tersayang
Hilang nyawa di depan mata

Oh alam pun bagai turut merasa
Penderitaan dan sengsara mereka
Tersudut di hujung senjata

Musuh menyerbu dari setiap penjuru
Bertalu bumimu disimbah peluru
Mengalir darah di tanahmu

Bergema laungan perjuanganmu
Tak gentar walau senjata
Hanya kerikil jalanan

Oh alam pun bagai turut merasa
Penderitaan dan sengsara mereka
Tersudut di hujung senjata

Ayuh hulurkan tangan tanda bantuan
Ringankan bebanan
Walaupun dunia hentikan sengketa

Tertanyaku mana hilang rasa manusia
Oh cukupkah hanya memandang

Album   : Ku MilikMu
Lagu     : Manis Helma (Hijjaz Records Publishing)
Lirik       : Atie (Hijjaz Records Publishing)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

redha dengan taqdir itu wajib, bukan pilihan… insya Allah

Salam wth…

“Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

tidak berada dalam keadaan yang ceria sebenarnya..

tidak juga dalam keadaan sedih yang nyata..

semua nya berkisarkan kisah riwayat hidup adik hakimi yang dihentikan pada awal pagi isnin, 4 oktober lalu..

Allah yang lebih berhak atasnya, Allah yang layak mengambilnya..

Allah menguji iman hambaNya, Allah yang menjanjikan ganjaran untuk mereka yang menerima..

Saya pasti Along dan Abang Die redha dengan perginya hakimi.. saya pasti kami yang lain menerima takdir ini..

dan saya pasti sesiapa yang melihatnya pada hujung hujung hayat sebelum pemergiannya akan merasakan pergi itu yang terbaik untuknya..

melihatnya yang bersusah payah menerima rasa sakit itu..membuatkan kita rasa dicucuk cucuk hati kerana sayu yang amat…

dan belum pasti yang kita juga akan sekuat dirinya untuk menerima ujian Allah itu…

Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya..Ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t ke atas kedua ibu bapanya. Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka (Zaharuddin, 2007).

Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.

Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh melakukan dosa dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.

Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.

Menurut Imam Ahmad r.h, sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada aqiqahnya ( Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu ‘alam.

source: http://www.zaharuddin.net/

semoga Allahyarham hakimi gembira di sana, menunggu kami yang tidak tahu bila pula panggilanNya.. semoga dapat memberi syafaat pada ibu dan abah hakimi, yang nyata berpenat lelah menatang hakimi bagai minyak yang penuh..

moga kita sama sama bermuhasabah, dan sentiasa mengingati mati…

tidak rugi kita ingat mati, kerana dengan itu kita akan lebih menghayati dunia..tetapi sebagai seorang muslim yang sedar diri..

should you hop to this blog for a detail of his leaving:

http://nasrulhadijohari.blogspot.com/2010/10/allah-lebih-menyayangimu-kimi.html

Allah bless..insya Allah

gambar: hakimi yang kononnya berdiri ^^ (abahnya pegang dari belakang)