Ketirisan Wang Rakyat RM12 Billion Oleh Kementerian Pertahanan

Ketirisan Wang Rakyat RM12 Billion Oleh Kementerian Pertahanan.

Advertisements

berfikir, mencerna dan menghadam maklumat..

oh media masa kini…
suka benar membuat onar…
modus operandi mereka seperti analogi di bawah:
 
saya tahu saya sihat….
saya tahu saya tidak demam…
jumpa kawan I di tandas..dia menegur, "kenapa pucat? macam demam je"
saya dengan yakin, "eh tak lah..elok je sihat segar ni"
 
saya masih tidak demam….
jumpa kawan II di depan office, dia bertanya, "sihat ke ni? nampak macam tak larat je…demam?"
saya dengan pelik menjawab, "eh nampak macam tu ke? saya sihat je ni"
 
saya masih tidak demam….
jumpa kawan III di cafe, dia terus rasa dahi, "nak ubat tak? aku ada panadol"
saya sudah goyah, "bagi je lah..kalau makin teruk, ada back up ubat"
dalam hati saya berkata, "aku memang demam ke? kena pergi jumpa doktor ni"
 
itu lah modus operandi media masa kini…
dua tiga kali menghidang cerita sama…walaupun tiada kebenaran…masih berdegil hidangkannya…
dan readers yang membaca…walaupun berdegil tidak mempercayai…akhirnya percaya juga…
kerana apa…kerana dua tiga kali membaca berita yang sama…
sungguh kurang asam motif mereka…..
 
haih!
 
cuba la bagi cerita yang betul!!!!
tipu dosa BESAR tau…huh…
pembaca pun….pandai pandai la analisis…~ cewah…emosi ni…*emo emo ni tak baik untuk baby…media la ni~*

aqsasyarif.com

salam wth…

ok..saya terlupa nak update dan promote secebis kisah ini…
last two weeks, we had the opportunity to go and get the real story of mavi marmara from ustaz hasannuddin and dr arbaie…alhamdulillah…
a great experience for them…and may they get the best reward from Allah..and so to the other activists especially the syuhada’….
both activists said they could smell kasturi fragrance from the dead bodies while handle them…subhanallah….

well, what i want to promote here is the donation that is in charged by aqsa syarif, with the LA of Palestin government itself…they got the true fresh list of orphans and families who lost their fathers in the war from the government … and they are conducting the program to collect fund from malaysian…
a very nice program and i wish many of us can help lending hand……

Photobucket

refer to the website below to have more info about the program or to know about palestinians… http://aqsasyarif.com/
"Bulan
lepas-lepas, ada org hilang duit-ratus2 habis, ada org kereta
rosak-ratus2 pun habis, ada org belanja kwn makan-ratus2 juga habis,
ada juga yg tak sedar duit habis ratus2. Hari ini, mereka masih ttp mcm
biasa, tak ada kurangnya. Alangkah baiknya jika ratus2 itu didermakan
di jalan Allah. Hidup masih mcm biasa, ta
pi pahla sudah dijamin kekal. Jadi, musim gaji ni dermalah untuk Al-Aqsa. Bank in je." (aqsasyarif, 2010)

Photobucket

Pelajar Tajaan Kerajaan Tak Dibenar Tangguh Pulang Ke Tanah Air

Pelajar Tajaan Kerajaan Tak Dibenar Tangguh Pulang Ke Tanah Air

KUALA LUMPUR:
Pelajar Malaysia di luar negara dalam semua bidang pengajian yang
ditaja dengan biasiswa kerajaan tidak lagi dibenarkan menangguh
kepulangan mereka ke tanah air atas apa juga alasan.

Dasar baru itu terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 tahun 2010 yang berkuatkuasa 29 Januari lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam
berkata, ekoran itu Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007
yang bertajuk "Dasar Penangguhan Balik Pelajar-Pelajar Tajaan Kerajaan
di Luar Negara" dibatalkan.

Dasar itu membenarkan pelajar menangguhkan kepulangan mereka ke
tanah air dengan sebab tertentu seperti malanjutkan pengajian ke
peringkat kepakaran atau menunggu pasangan, sama ada suami atau isteri
yang ditaja oleh agensi kerajaan, untuk menamatkan pengajian.

Dalam pekeliling yang baru itu, Ismail berkata, pelajar perubatan,
pergigian dan farmasi yang ditaja oleh agensi penajaan kerajaan sama
ada secara biasiswa atau pinjaman pelajaran hendaklah kembali ke
Malaysia untuk menjalani "housemanship" setelah tamat pelajaran.

"Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat
tidak terjejas, kerajaan berpandangan bahawa dengan mengambil kira
bidang tertentu yang amat diperlukan negara, pelajar dalam bidang
tersebut perlu kembali ke tanah air untuk menyumbang khidmat bakti
mereka kepada masyarakat dan negara," katanya.

Ismail berkata, pelajar dalam bidang kritikal itu bagaimanapun akan
mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran
dan sub-kepakaran semasa berkhidmat kelak.

Katanya, pelajar yang ditaja secara pinjaman pelajaran, sama ada
bagi bidang kritikal ataupun bukan kritikal, dibenarkan membuat
penangguhan balik bergantung kepada pertimbangan kerajaan dengan
penguatkuasaan daripada segi melapor diri dan bayaran balik pinjaman
perlu dipertingkatkan.

Dalam pekeliling itu juga Ismail menjelaskan bahawa pelajar yang
dalam tempoh pengajian tidak boleh berkahwin kecuali dengan kebenaran
kerajaan.

Sebarang pertanyaan mengenai pekeliling tersebut boleh dibuat dengan
menghubungi talian 03-88853000 atau 03-88854000 atau hadir sendiri ke
Bahagian Latihan, JPA di Aras 6, Blok C1, Kompleks C, Putrajaya. – BERNAMA

umpama api dalam sekam

Photobucket
*..sick of politics in Malaysia..*

And those who disbelieve are allies to one another, (and) if you
(Muslims of the whole world collectively) do not do so (i.e. become
allies, as one united block with one Khalifah – chief Muslim ruler for
the whole Muslim world to make victorious Allahs Religion of Islamic
Monotheism), there will be fitnah (wars, battles, polytheism, etc.) and oppression on earth, and a great mischief and corruption (appearance of polytheism).
 
(  سورة الأنفال  , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #73)

kesimpulannya, jangan lah kita pun termasuk dalam golongan yang menyebarkan fitnah..
perlu diingat..dalam kita ghairah mengulas itu ini mengenai apa yang terjadi di malaysia..kita mungkin menjadi salah seorang yang penyebab perpecahan masyarakat….
ingat tu syifa~

gambar ini di san diego sebenarnya..kesian kan dengan kebakaran yang terjadi..
tapi gambar ini nicely captured…
tapi tak kan nak kata cantik gambar bencana ini kan?

Photobucket
6.09 a.m.
tak tidur..
semalaman kami (umi maria syifa) bebudak jonja 303호 terkabut dengan matlab  n pspice..
sungguh..bak kata umi..macam pendatang asing nk menceroboh malaysia..
sememeh cam ape..masing masing tunggang terbalik..
*walaupun saya masih tak faham apa kaitan matlab dan penceroboh haram*
dan pada waktu itu..saya terima sms dari seseorang..
‘prepare exam?or edit gambar?’
dan saya yang masih sengal dan kabut pada masa itu..terus membalas saya tengah insaf..
‘x boleh edit gambar..cari penyakit je dalam kejol hakki’
sebab kejol hakki ini serius menekan saya~
tapi tengok lah sekarang..selepas menghabiskan soalan assignment..dan masih dalam proses peng정리an..
saya mengedit gambar lagi~!!

kejol hakki sangat memenatkan~
maraton assignment lagi~
cikgu 현대물리학 bagi 과제 sambil mengomen;
"x pe kan dapat homework banyak?kamu bukan buat ape pun cuti ni..belajar subjek ni je pun kan?leh 집중 kat sini je kan??"
wah~ yakin sekali cikgu itu..saya suka keyakinan cikgu..
tapi saya juga teringin untuk bersuara,  mengatakan saya ambil dua  정공 sem ni…
dan subjek lagi satu pula bermain dengan matlab dan pspice..~
tu lah syifa..sendiri cari penyakit~
mungkin orang korea semuanya ambil satu je..
apepun..lagi seminggu setengah…
tidak sabar untuk cuti~

minyak..oil..석유…

Photobucket
today i had media class…about democracy thing..about so-called democracy country…about look like in democracry country but non-democracy government take d place..and suddenly i remembered our beloved malaysia…
professor  suggested the very best way to deal with democracy country is to keep standing up for nation’s voice, go on with demonstration and such if that is the only way to let government give attention to what people want…
like here in Korea,  the people  always stands up if they want to raise their voice…nice. and the government seems  notice to this kinda  technic and the  loud voice they have.

about this minyak thing at malaysia now..a very hot hot issue…
yes…many countries raised goods’ price up…all..when i said all, it means all…
fruits, house things, fish, meats, kwajadel, n stuff..sure oil also included…
but fyi…gaji juga naik..average salary of their ppl also high..they can afford diz kinda situation..but our poor malaysian..how to deal with diz drastic change????

below, i take it from where my senior posted this bulletin..n i agree with this..didn’t mean to object or to tunjuk pandai..but to say loud one opinion as malaysian…i don’t know detail about what our PM is thinking now..let’s say he just has a great nice intention to country..but still..rakyat berhak bersuara..~

Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan
satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling
rendah di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak
malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan
Vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan
negara negara tersebut bukan pengeluar minyak?Hujah seperti inilah yang
di gunakan oleh barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok,
disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat
perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak
yang lain:-
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.29
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.39
Arab Saudi RM 0.19
Mesir RM 0.81
Dari
data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak
benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di
bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak
kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong
sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam
lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio
pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu,
sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen
sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen
seliter tapi malaysia pada 1.92 sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana
pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia
boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini
menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak
dalam negara.
Ketika
dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada
tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen
seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan
tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di
iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga
di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin
kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut
dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan
untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berapa kerat orang yang dapat
faedah dari koridor pembangunan di sana sini?
Subsidi
minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Kerajaan
bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau
harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu
peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara
yang bernilai ratusan billion.
Yang
orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga
minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So yang
kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang
melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak,
malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik,
pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun
malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi
bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.
Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??
Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion
Bila
kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah
kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup
membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas
yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa
nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih
penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?