wafiy.pneumonia.waka waka.

wafiy baru keluar hospital semalam.

alhamdulillah. sehari je masuk wad.

tak pernah lagi before ni. so bila sehari pun memberi pengalaman horror jugak lah sebenarnya.

harap wafiy tak kan masuk wad dah lepas ni.

kasihan dia kena cucuk tangan untuk dimasukkan ubat *tapi wafiy memang sangat liat makan ubat through mulut*

sakitnya pneumoniae. jangkitan kuman di paru paru.kuman dapat dari kahak.

ramai juga kawan kawan taska wafiy kena wad sebelum ni.

5 hari, 6 hari..

so kira wafiy bertuah la dapat 1 hari je kan..

alhamdulillah.. sebab saya sibuk menguruskan wafiy di wad, bro nas yang kena bersusah payah ke pasar borong untuk membeli barang jualan.

not bad juga taste dia. sirius lawa *saya rasa nak ambil 2 helai pun blouse ni*

ada juga yang direstock.

waka waka di bawah semuanya rm40, dan skirt denim di bawah sana rm40 – rm5~…saja suruh mengira sikit

[ALL SOLD]

ini wafiy sidq

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

 

ini wafiy sidq.dia main dakwat printer.habis muka dan baju *dah lah pakai baju baru*

ini kaki wafiy sidq.berwarna merah biru hijau.

wafiy dan kismis; peppero day

semalam wafiy tidur awal, pukul 7.40pm. bangun untuk menyusu 2,3 kali, kemudian tidur balik. memang mengantuk sungguh la tu. saya terbangun pukul 4 pagi, terfikir nak sidai lampin wafiy yang berbasuh tengah malam tu. tengah sidai, dia bangun dengan segar. oh my…

lepas menyusu, dia main punggah kain, lari lari sana sini, tarik tarik lampin yang bersidai tadi… tak jadi la sambung tidur…

tercongok la depan dia teman main, sambil dia makan kismis berbiji biji… adoi wafiyyyy~

tengah teman dia, mata saya makin kuyu..makin kuyu… dalam kecil bukaan mata tu, nampak dia dah nervous sebab peneman dia dah tidur. kelam kabut dia angkat tangan saya jadi bantal dia, baring terus sebelah.. comel betul~ *kalau tau senang macam ni, dari awal saya buat buat lelap~*

———————————————————————————————————————————————————————————–

hari ni 11.11.11 – On November 11th, Korea celebrates Pepero Day. Pepero cookies look like a 1, which is why they are celebrating it today! 11-11.

This is basically a second Valentine’s Day as far as I’m concerned. The girls have been excited all week. tengok la kedai pun beriyer jual yang berbalut balut cantik, dengan bear la, dengan love la.. padahal original nye as the first peppero picture above. simple je..- i was excited too back there…since i love peppero, and basically we malaysian girls exchanged it among girls of course..dulu selalu saya akan dapat paling besar dari maria la..kadang tu berbakul dia bagi…penuh satu bakul dengan peppero, bear, bunga..marvellous!

peppero ini adalah sejenis biskut stick bersalut coklat, ada yg berperasa coklat salut almond, ada yang coklat lemon.. i heard korean girls even made the biscuit themselves if they want to give it to their boyfriend..konon konon sweet la kan.. *tapi memang sweet pun..saya kena belajar buat ni la untuk bagi bro nas*..

dia adalah sedap~!! dulu kalau balik cuti, mesti saya borong peppero bawa balik malaysia untuk dikongsi bersama sama keluarga dan rakan rakan. haha. skemanya ayat.

apapun, hari ini bro nas dah janji nak bawa pergi cari stick biscuit yang macam peppero sebab saya dah tolong dia buat correction thesis~!! nak cari peppero sebenar ada, tapi nun di jalan beserah kuantan nun…jauhnya….

korea is having its autumn now.. celebrating peppero day in autumn is romantic and wonderful.. i have to bring bro nas here next november..~

bro nas, sila cari conference di korea untuk dipergi pada november 2012 ok…

wafiy berbaju purple di hari raya

 

wafiy dah pandai macam macam hari raya ni..

tak tahu lah kami yang baru perasan atau memang sempena raya dia tunjuk skill yang pelbagai tu..

tapi suka sangat tengok perkembangan dia. dulu dulu setiap yang dia baru developed saya akan gigih tulis dalam file powerpoint yang bertajuk ‘Our little hero, Wafiy’.. sekarang ini, tak larat dah nak tulis. cepat sangat development dia.

baru baru ni dia pandai lambai. asal orang sebut bye je, dia terus goyang tangan sambil sengih sengih.

dia dah lama pandai tepuk tangan. tapi sekarang, bila dia enjoy dengar lagu ummi atau walid nyanyi, dia tepuk tangan sambil sengih. kalau kita stop nyanyi, dia tepuk tangan sambil tengok kita, maksudnya suruh sambung nyanyi la tu. tak reti cakap kan. kena la buat bahasa isyarat je. hehe..

tadi dia pandai goyang goyang badan menari. dia dengar lagu negaraku, enjoy gamaknya, terus goyang goyang punggung. apa la wafiy. negaraku tu kita kena berdiri tegak.

dah lah tadi dia beriya-iya kutip pampers2 yang dia nampak kemudian masuk dalam dustbin. tak tahan betul dengan hakikat dia kutip pampers tu di tempat yang berlainan. maksudnya gigih tu~lepas ni kena check dustbin selalu. tau pulak dia benda tu kena buang eh..haha

apa lagi eh..

dia senang terima arahan dah kan sekarang.. bila sebut je walid sambil tunjuk luar, dia faham ummi suruh check walid dah balik ke belum. dia pun beriya la pergi sliding door dan selak langsir. kalau dia datang balik pada kita sambil buat muka blur + sedih, tu maksudnya tak balik lagi. kalau dia sengih sengih, tu maksudnya dah balik~

comey wafiy. esok apa progress pulak..let’s wait!

 

 

 

 

 

Ahlan wasahlan ya ramadhan

image

Wafiy and parents wish you happy fasting with the doa, may we get the best of ramadan..

sangat elok menggandakan amalan, tapi Jangan hipokrit kerana ramadan..
Bukan konsepnya bertudung hanya dalam ramadan,membaca quran hanya dalam ramadan, bersolat di masjid hanya dalam ramadan..tidak mengumpat hanya sepanjang ramadan..

Itu tuntutan sepanjang waktu..hindari perbuatan mendewakan ramadhan..

Thousands apologizes from us..let us make the most out of it.
*jangan telepek tidur je macam awang tiger ni*